KUALA LUMPUR, 11 JUN 2026 – Hyundai Motor Malaysia (HMY) mencipta satu lagi pencapaian penting di KLIMS 2026 menerusi pelancaran rasmi Hyundai IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N, sekali gus membawa pengalaman prestasi elektrik bertaraf dunia ke jalan raya Malaysia buat pertama kali.
“Rakyat Malaysia sememangnya mempunyai minat mendalam terhadap pemanduan. Di KLIMS 2026, kami berbangga dapat memperkenalkan sesuatu yang benar-benar memenuhi semangat tersebut. Hyundai IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N membuktikan bahawa kenderaan elektrik berprestasi tinggi mampu memberikan pengalaman pemanduan yang mengujakan dan lebih daripada itu. Apabila pelanggan berada di belakang stereng, mereka akan memahami maksud sebenar slogan Hyundai N, iaitu ‘Never Just Drive’ kerana setiap saat pemanduan menjadi pengalaman yang menyeronokkan,” kata Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen.
Dilahirkan di Namyang, Diperkasakan di Nürburgring, Kini Dilancarkan di Malaysia
Hyundai N merupakan subjenama prestasi tinggi Hyundai Motor Company yang dibangunkan berasaskan falsafah “Never Just Drive”. Ia bukan sekadar lambang prestasi, malah menggabungkan kuasa, teknologi dan kejuruteraan berasaskan tiga teras utama N Feeling:
- Corner Rascal – Kenderaan N direka untuk prestasi di selekoh dengan keseimbangan dan respons pemanduan yang tepat.
- Everyday Sports Car – Teknologi N membolehkan kereta digunakan sebagai jentera trek atau kenderaan harian yang selesa.
- Race Track Capability – Direka untuk prestasi litar tanpa memerlukan talaan tambahan, dengan fokus terhadap ketahanan dan keseronokan pemanduan.
DNA prestasi Hyundai N turut diinspirasikan daripada pengalaman dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC). Setiap model N dibangunkan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Namyang di Korea Selatan sebelum diuji secara intensif di Nürburgring Nordschleife sepanjang 20.8 kilometer di Jerman.
Kehadiran IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N di Malaysia menandakan permulaan era baharu untuk kenderaan elektrik berprestasi tinggi yang menggabungkan pengalaman pemanduan mengujakan bersama praktikaliti harian.
IONIQ 5 N: Crossover Prestasi untuk Litar dan Jalan Raya
IONIQ 5 N tampil sebagai sebuah crossover elektrik berprestasi tinggi yang direka untuk memberikan pengalaman pemanduan penuh emosi. Dinobatkan sebagai “2024 World Performance Car”, model ini dibangunkan dengan casis talaan khas serta pelbagai teknologi eksklusif Hyundai N yang meniru pengalaman pemanduan kereta prestasi enjin pembakaran dalaman.
Model ini menghasilkan kuasa sehingga 650PS menerusi fungsi N Grin Boost dan mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 260km/j. Pada masa sama, ia menawarkan jarak perjalanan WLTP sehingga 448 kilometer.
Dengan jarak roda sepanjang 3,000mm, IONIQ 5 N mengekalkan praktikaliti sebuah kenderaan keluarga walaupun hadir dengan prestasi tinggi.
Antara teknologi utama yang ditawarkan termasuk:
• N e-Shift – sistem simulasi transmisi dwi-klac 8-kelajuan pertama di dunia untuk EV
• N Active Sound+ (NAS+)
• N Drift Optimiser
• N Grin Boost (NGB)
• N Torque Distribution (NTD)
• N Launch Control
IONIQ 5 N kini rasmi ditawarkan di Malaysia pada harga RM443,888 dan tersedia secara tempahan khas (built-to-order).
IONIQ 6 N: Sedan Elektrik Prestasi Tinggi
Dibangunkan berasaskan platform aerodinamik IONIQ 6 Streamliner dan dinobatkan sebagai “2026 World Performance Car”, IONIQ 6 N tampil dengan reka bentuk lebih agresif serta fokus kepada pengendalian berprestasi tinggi.
Dengan pekali seretan aerodinamik 0.27 Cd, model ini menawarkan kuasa 650PS menerusi N Grin Boost serta pecutan 0 hingga 100km/j dalam masa 3.2 saat. Kelajuan maksimum pula mencecah 257km/j dengan jarak perjalanan WLTP sehingga 487 kilometer.
Model ini turut dilengkapi sistem Electronically Controlled Suspension (ECS) berasaskan stroke-sensing yang turut digunakan pada IONIQ 5 N.
IONIQ 6 N kini rasmi dilancarkan di Malaysia pada harga RM449,888 dan turut ditawarkan secara tempahan khas.
Tempahan boleh dibuat menerusi pengedar sah Hyundai N iaitu Sime Darby Auto Hyundai Sdn Bhd (Selangor/Kuala Lumpur), Goh Brothers Motor Sdn Bhd (Pulau Pinang) dan Heng Lian Enterprise Bhd (Kuching). Lokasi pengedar tambahan akan diumumkan kemudian.
Pengalaman Hyundai di KLIMS 2026
Hyundai Motor Malaysia mengalu-alukan pengunjung ke reruainya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur dari 12 hingga 21 Jun 2026. Reruai dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu.
Pengunjung boleh melihat keseluruhan barisan model Hyundai termasuk TUCSON, SANTA FE, STARIA serta model Hyundai N selain menikmati sesi pandu uji.
Pelbagai aktiviti bertemakan bola sepak turut disediakan termasuk permainan PlayStation 5 dan aktiviti interaktif untuk memenangi barangan eksklusif Hyundai.
Hyundai Cup™ Trophy Tour Tiba di Malaysia
Sebagai tarikan tambahan, Hyundai Cup™ Trophy akan dipamerkan di reruai Hyundai dari 12 hingga 15 Jun 2026 sempena sambutan 30 tahun bola sepak ASEAN. Jelajah trofi ini bermula di Thailand pada 25 Mac 2026 sebelum singgah di Malaysia dan seterusnya ke Indonesia menjelang Hyundai Cup™ 2026.
Promosi Hyundai Jun 2026
Selain pelancaran model Hyundai N di KLIMS 2026, pelanggan turut boleh menikmati pelbagai promosi menarik sepanjang Jun 2026 untuk model SANTA FE, TUCSON dan STARIA di semua pengedar sah Hyundai seluruh negara serta di KLIMS 2026.
Pelanggan boleh memilih salah satu daripada dua pakej promosi berikut:
• Total Drive Reward – rebat tunai sehingga RM31,800 bersama lapan servis percuma dan subsidi bahan api sehingga RM5,000 untuk model terpilih.
• Instant Saving – diskaun tunai segera sehingga RM36,000 daripada harga runcit disyorkan termasuk nilai lapan baucar servis percuma.
Antara tawaran utama bagi model keluaran 2025:
• SANTA FE – rebat tunai sehingga RM31,000 atau penjimatan segera sehingga RM35,000
• TUCSON – rebat tunai sehingga RM31,800 atau penjimatan segera sehingga RM36,000
• STARIA – rebat tunai sehingga RM20,000 bersama subsidi bahan api sehingga RM5,000 atau penjimatan segera sehingga RM31,000
Bagi model keluaran 2026, varian terpilih SANTA FE dan STARIA layak menerima subsidi bahan api atau penjimatan segera sehingga RM5,000.
Promosi ini sah dari 1 hingga 30 Jun 2026 tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Hyundai Malaysia di: https://www.hyundai.com/my/en
