Setelah 12 minggu mengharungi pelbagai cabaran, Nor Adibah Binti Rozain menjadi juara Da’i (Pendakwah Milenia) musim pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000, trofi dan sijil. Pelajar kelahiran Jengka, Pahang ini merupakan pelajar jurusan TESL di UiTM Shah Alam. Beliau mengalahkan 2 lagi peserta akhir iaitu Mohamad Azamudin Bin Zainal dan Muhammad Tajdid Hadhari.
Da’i yang merupakan satu-satunya program TV3 yang mengetengahkan golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah ini menampilkan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sebagai hos program. Beliau turut ditemani dua rakan seperjuangan iaitu Mohd Zhafran Mohd Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris. Di acara kemuncak ini juga dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan nasyid UNIC.