Selepas enam minggu berentap, Da’i Ahmed dan Da’i Azrin terpaksa akur dengan keputusan muktamad juri tetap dan meninggalkan pentas Da’i manakala Da’i Hazman dan Da’i Syed terselamat daripada pusingan penyingkiran pada malam Ahad yang lepas. Read more →
Tag: Da’i
(SEMASA) USIA MUDA BERJIWA BESAR – Persembahan Sulung 11 Da’i Menerima Pujian Daripada Panel Juri
Petaling Jaya, 3 Ogos 2016 – Usia muda tetapi berjiwa besar! Bijak menyusun kata-kata dan berbicara secara berhikmah. Itulah antara komen-komen positif yang didengari daripada panel juri ketika berlangsungnya persembahan sulung 11 peserta Da’i pada hari Ahad yang lalu (31 Julai 2016). Read more →
(SEMASA) 11 Pendakwah Muda Berentap Di Pentas Da’i Musim ke-4!
Petaling Jaya, 19 Julai 2016 – Fokus kepada golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah, program realiti agama Da’i kembali dengan musim terbaharunya bermula 24 Julai 2016, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Da’i Pendakwah Nusantara yang mempunyai 12 episod membariskan 11 pendakwah muda berentap untuk gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi. Read more →
(SEMASA) 4 JUTA TONTON PENTAS AKHIR DA’I MUSIM KETIGA
18 Oktober lalu, hampir 4 juta penonton menjadi saksi Da’i Hamidah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga. Hanya dengan menjadi dirinya sendiri, Da’i Hamidah kembali mencuri perhatian para juri di pentas akhir Da’i Ahad lalu. Mengungguli dengan pungutan markah keseluruhan sebanyak 85.9%, Da’i Hamidah telah diangkat sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 tajaan TV3, saham PNB berjumlah RM5,000 pakej umrah tajaan Kembara Umrah Travel & Tours, Kembara Ilmu ke Istanbul & Ho Chi Minh, komputer peribadi tajaan Serai Mas dan juga pengalaman bekerja bersama Media Prima Berhad. Da’i Hamidah juga bakal menjadi kolumnis selama 6 bulan dalam Majalah-i, mendapat langganan percuma selama setahun dan menerima sebuah Al-Quran Amazing sumbangan daripada Majalah-i. Da’i Hamidah turut membolot hadiah Da’i Pilihan D’Herbs yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Aliff Syukri, Pengarah Urusan D’Herbs Holding Sdn. Bhd selaku penaja utama bagi musim ini. Read more →