KUALA LUMPUR : 18 APRIL 2013 – Selebriti 3 serangkai yang popular iaitu Yasmin Hani, Atilia dan Daphne Iking telah melancarkan kolaborasi label fesyen pakaian mereka tersendiri iaitu Baajookoo dengan kerjasama dengan Stephanie Li Na Tay yang merupakan pengasas jenama fesyen KYLA RUIZ (Malaysia) melalui koleksi pakaian renang dari Sao Paolo , Brazil dan koleksi barang kemas dan perhiasan dari Los Angeles , Amerika Syarikat.
Pada sidang media yang berlangsung di Serai KL, KL Live ini, para tetamu dan pihak media dipersembahkan dengan koleksi dari Baajookoo dan KYLA RUIZ . Majlis peragaan fesyen ini turut dihadiri oleh rakan-rakan baik Yasmin Hani, Atilia dan Daphne Iking antaranya Sazzy Falak, Aishah Sinclair, Dynas Mokhtar dan Serena C serta dihiburkan dengan nyanyian penyanyi Adibah Noor dan Salamiah Hassan. Anda boleh layari laman sesawang www.baajookoo.com.my dan www.kylaruiz.com untuk membuat pilihan dan pembelian.