(SEMASA) KFC PERKENALKAN CRISPY PRAWN UNTUK MUSIM PERAYAAN

Spread the love

Pic 1

KFC kembali menemui peminat-peminatnya dengan sentuhan istimewa di musim perayaan ini, memperkenalkan KFC Crispy Prawn, satu ciptaan ideal untuk semua penggemar makanan laut!

Rangup di luar dan empuk di dalam, KFC Crispy Prawn dibuat dari udang segar (seekor) yang kemudiannya disalut tepung dan digoreng rangup cara KFC! Digabungkan dengan ayam goreng KFC bersama-sama dengan sajian sampingan yang enak, hidangan KFC Crispy Prawn ini pasti memuaskan selera penggemar KFC yang setia.

Print

KFC Crispy Prawn boleh didapati dalam beberapa set hidangan yang berharga serendah RM10.95  untuk slot Lunch & Dinner treats. Kombo ini mengandungi Crispy Prawn serta seketul ayam (Original/Hot & Spicy), sajian sampingan yang enak, dan minuman isotonik Revive saiz biasa. Crispy Prawn juga boleh didapati dalam bentuk Holiday Bucket yang sesuai dikongsi bersama keluarga dan sahabat, dan juga dalam bentuk hidangan ala carte. Dengan harga yang sungguh berbaloi, anda kini boleh menikmati makanan laut setiap hari di KFC.

Promosi bagi KFC Crispy Prawn merangkumi pengiklanan di TV, radio, akhbar, media online, titik bahan jualan untuk capaian yang lebih meluas kepada pelanggan. Produk ini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk masa yang terhad sahaja bermula dari 15 Disember 2014, sementara stok masih ada.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *