(SEMASA) KEMPEN WORLD HUNGER RELIEF 2014 KFC & PIZZA HUT CAPAI KEJAYAAN BESAR

Spread the love

Pic 4

Kempen World Hunger Relief (WHR) KFC & Pizza Hut Malaysia mencapai kejayaan membanggakan tahun ini apabila merekodkan kutipan  sebanyak RM2.6 juta.

Inisiatif tahunan untuk membantu membasmi isu kebuluran di dunia ini telah berjaya mengumpulkan dana melalui kempen selama tiga bulan bermula pada Jun 2014.

Kempen ini menyeru pelanggan yang bermurah hati untuk menderma melalui pembelian set hidangan WHR di rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut (set hidangan yang dijual di bawah promosi ini dikenakan caj tambahan 50 sen yang kemudian disalurkan kepada tabung WHR). Dalam tempoh kempen itu juga, pelanggan boleh menyumbang wang melalui tabung derma yang disediakan di semua restoran tersebut.

Sejak penubuhannya pada 2007, kempen WHR di Malaysia telah berjaya menjana kutipan keseluruhan berjumlah RM13.7 juta. Sepanjang tempoh itu, sebahagian daripada hasil kutipan telah disalurkan kepada United Nations World Food Programme (WFP) di mana individu malang di serata dunia yang mengalami kelaparan dan kebuluran telah diberikan pertolongan. Hasil kutipan selebihnya telah disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan tempatan di seluruh Malaysia.

Tahun ini, dalam usaha untuk terus menyokong kempen WHR, KFC dan Pizza Hut Malaysia secara rasminya telah melancarkan ‘Program Pengagihan Dana World Hunger Relief’. Melalui program ini, sebahagian daripada dana akan disalurkan kepada United Nations WFP, manakala sebahagian besarnya akan diperuntukkan kepada lebih lima badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta keluarga kurang kemampuan di seluruh Malaysia yang dipilih secara teliti.

Beberapa hubungan kerjasama dengan NGO untuk menjalankan projek seperti ‘soup kitchen’ dan saluran bantuan kepada komuniti Orang Asli di seluruh Malaysia telah dirancang melalui program ini. Dana ini juga akan digunakan melalui hubungan kerjasama dengan pelbagai badan kerajaan dalam menjalankan projek kemasyarakatan yang memfokuskan kepada bantuan dari segi aspek pemakanan.

Objektif utama hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak ini adalah untuk membantu mencapai golongan miskin tegar, gelandangan dan mereka yang kelaparan dengan lebih efektif.

Program pengagihan dana ini juga akan secara berterusan mencari keluarga dan individu yang daif di seluruh Malaysia yang memerlukan bantuan dengan menyediakan makanan, barangan keperluan dapur serta bantuan kewangan selama enam bulan dengan harapan supaya ia dapat meringankan beban dan juga membuka peluang mereka untuk memperbaiki kehidupan.

Melalui Program Pengagihan Dana ini, ia dijangka dapat menyediakan hidangan makanan kepada lebih 30,000 individu di Malaysia.

YB Dato’ Kamaruzzaman bin Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd (pengendali KFC dan Pizza Hut Malaysia) berkata, “kami berharap lebih ramai lagi rakyat Malaysia terlibat dalam program amal yang KFC dan Pizza Hut anjurkan pada masa depan, dan kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas di atas sokongan yang diberikan selama ini,”

Hadir untuk melancarkan ‘Program Pengagihan Dana World Hunger Relief’ adalah YB Dato’ Zulkurnain Haji Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Exco Belia, Sukan dan Warisan Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor; Lt Jeneral (B) Dato’ Sri Shahron bin Ibrahim, Penasihat Kanan WFP; dan Madelene Sachi, Ketua Pegawai Perundangan & Pengerusi Program WHR Asia Pacific, Yum! Brands, Inc. turut hadir untuk memberikan sokongan mereka.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *