(SEMASA) KFC TASTY TRAVELS MEMBAWA SELERA ANDA KE TOKYO!

Spread the love

pic_01_LR

Selepas kejayaan membawa citarasa peminat KFC mengembara ke Thailand melalui hidangan Bangkok Green Curry, kini destinasi KFC Tasty Travels yang seterusnya ialah Tokyo, Jepun dengan menampilkan dua hidangan lazat yang terbaru iaitu KFC Tokyo Black Pepper Mushroom Chicken Chop dan KFC Zinger Black Pepper Mushroom.

Dengan slogan “Rasa “Oishii” Tokyo kini di Malaysia!”, resepi ciptaan asli dari KFC ini bakal membawa deria rasa anda serta merta ke negara Jepun dengan keenakkan yang tidak terkata. Keenakan sos lada hitam dipenuhi dengan cendawan shiitake Jepun yang pedas serta beraroma ini amat serasi dengan chicken chop KFC yang boleh dinikmati dalam perisa Original Recipe atau Hot & Spicy.

KFC Tokyo Black Pepper Mushroom Chicken Chop pula merupakan isi ayam tanpa tulang (whole leg) (Original Recipe/Hot & Spicy) yang dihidangkan bersama sos lada hitam yang dipenuhi dengan hirisan cendawan shiitake Jepun yang empuk.

Sebagai alternatif bagi hidangan ini, KFC turut memperkenalkan Zinger Black Pepper Mushroom, burger ayam yang menampilkan filet Zinger garing kegemaran ramai. Hidangan ini dilimpahi dengan sos cendawan shiitake lada hitam yang lazat beserta bawang segar yang kesemuanya diapit di antara ban lembut yang enak. Burger ini memberi peluang kepada pelanggan yang ingin menikmati kelazatan Tokyo Black Pepper Mushroom dengan lebih cepat dan mudah. Setiap gigitan pastinya “Oishii”!”

“Setelah membawa citarasa peminat KFC ke Bangkok, Thailand, kini KFC Tasty Travels memilih Tokyo, Jepun pula sebagai destinasi kedua dengan hidangan enak Tokyo Black Pepper Mushroom!” Kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

“Kehangatan rasa lada hitam sememangnya telah lama menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Kami yakin pelanggan pasti tertarik dengan produk baru ini,” tambah beliau.

KFC Tokyo Black Pepper Mushroom Chicken Chop (Original Recipe/Hot & Spicy) boleh didapati dalam dua jenis set hidangan. Anda boleh menikmatinya bersama nasi Colonel atau Crispier Fries dan juga satu minuman berkarbonat saiz biasa. Kedua-dua kombinasi boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM13.90 setiap satu.

Bagi KFC Zinger Black Pepper Mushroom pula, pelanggan boleh memilih hidangan kombo yang mengandungi satu KFC Zinger Black Pepper Mushroom, satu Crispier Fries dan satu minuman berkarbonat saiz biasa, kesemuanya pada harga RM9.95 atau versi HotBox yang mengandungi hidangan tambahan seketul ayam goreng Original Recipe atau Hot & Spicy dengan harga RM12.95. Hidangan ala’carte pula berharga RM7.25 (harga tertakluk kepada 6% cukai kerajaan).

Kedua-dua hidangan lazat ini merupakan produk bagi episod kedua Siri KFC Tasty Travels yang telah bermula sejak 11 Ogos 2014. Siri KFC Tasty Travels merangkumi olahan rasa makanan hebat dari pelbagai negara. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan-hidangan menarik sepanjang tempoh promosi ini.

Strategi promosi dan pengiklanan bagi produk-produk ini merangkumi pengiklanan di TV, radio, akhbar, serta media online, titik bahan jualan (POSM) untuk capaian yang lebih meluas kepada pelanggan. Promosi baru ini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk masa yang terhad sahaja bermula dari 25 September 2014. Pastikan anda tidak ketinggalan dan bersiap sedialah di restoran KFC yang berdekatan bagi menikmati keenakkan produk-produk ini!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *