(SEMASA) Kini Lebih Mudah untuk Anda Mendapatkan Telefon Pintar Pilihan Rantau Asia Tenggara, Flash 2!

Low Yat Flash Road Show 2 

Petaling Jaya, 23 Mac, 2016 – Pada akhir tahun 2015 lalu, Flash memperkenalkan telefon pintar terbaru daripada rangkaiannya, Flash 2. Dijual secara ekslusif di Lazada, keluaran pertama mereka habis dijual dalam masa kurang 10 minit!

Malaysia IT Fair Flash Road Show 2Dengan tahap kepuasan pengguna yang tinggi dan menerima lebih 95% maklum balas positif daripada penggunanya, Flash 2 mempunyai penarafan pengguna sebanyak 4.4 bintang dimana kebanyakkan pengguna dipetik mengatakan prestasi Flash 2 telah melangkaui jangkaan mereka.

Kini, Flash berada lebih dekat dengan anda kerana jenama telefon pintar pilihan rantau Asia Tenggara ini akan menjalakan beberapa ‘road show’ bagi Flash 2. Terdapat pelbagai aktiviti dan peraduan menarik akan berlangsung sepanjang ‘road show’ ini berjalan.

“Ini adalah cara kami untuk membolehkan lebih ramai orang mendapatkan telefon pintar yang cukup popular di rantau ini. Kami juga berharap ia mampu membentuk satu komuniti pengguna melalui pengalaman yang akan diperoleh serta aktiviti yang akan dijalankan. Kami menawarkan pelbagai barangan menarik termasuk aksesori Flash 2 yang sangat praktikal dan terkini,” kata Yogi Babria, Pengarah Pembangunan Perniagaan Flash.

‘Road show’ ini akan berlangsung di Plaza Low Yat dari 21 Mac sehingga 28 Mac 2016 dan di Pesta IT Malaysia, MIDVALLEY Exhibition Centre (Booth A118, Hall 2) dari 8 April sehingga 10 April, 2016.

Dengan setiap pembelian Flash 2 (RM599), anda akan menerima sebuah power bank 5,000mAh, penutup bateri Mica White yang boleh ditukar ganti, serta penutup flip dan juga pelindung skrin. Anda juga boleh mengambil gambar di ‘photo booth’ yang disediakan. Selain itu, akan terdapat cabutan bertuah ketika ‘road show’ di Pesta IT Malaysia.

Jadi mulakan langkah anda dan dapatkan telefon pintar Flash 2 serta banyak barangan menarik yang lain.

Sertai komuniti Flash di www.flash3c.com/my untuk mengetahui lebih banyak lagi aktiviti yang dianjurkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *