KUALA LUMPUR, Selasa, 10 Januari 2017: Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dengan kerjasarna Glass Go Media pada hari ini melanearkan Portal Beli Belah, Haqqi yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
“Haqqi” dibangunkan oleh KTHB dengan usahasama strategik dengan Glass Go Media selaku rakan niaga dan pakar teknologi maklumat menggunakan platform www.haqqi.eom.my. dan Jakel Warehouse Malaysia sebagai pembekal utama. Portal ini mula beroperasi pada 24 November 2016, manakala butik pertamanya di Seksyen 7, Shah Alam dilanearkan pada 15 Disember 2016 yang lalu.
Puan Hajah Helena Hashim, Pengerusi KTHB berkata, “Portal Haqqi disasar untuk menjadi hab kelengkapan ibadah haji dan umrah mampu miJik terbesar Malaysia. Justeru itu, bakal jemaah haji dan umrah lebih mudah untuk memperoJehibarangan keperluan melalui hab ini dengan harga berpatutan dan mampu milik. Selain portal, barangan tersebut turut boleh diperoleh melalui rangkaian butlk”.
Tambah beliau lagi, “Dengan adanya portal Haqqi, pengguna kini boleh membuat pembelian keperluan ibadah dan fesyen pakaian dengan Jebihmudah dan di hujung jari melalui feJefonbimbit, tablet mahupun kompufer di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa“
Butik pertama di Shah Alam merupakan cawangan perintis bagi pembukaan lima lagi rangkaian lain yang dijangka beroperasi dalam tempoh suku pertama 2017. Rangkaian butik tersebut bertempat di Bangi, Kuala Lumpur, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Johor Sharu.
Barangan kelengkapan yang ditawarkan merangkumi ihram, telekung dan pakaian asas serta kelengkapan peribadi untuk menunaikan haji dan umrah bagi lelaki dan wanita. Antara barangan lain yang turut ditawarkan adalah kitab suei, buku panduan, produk kesihatan penjagaan diri, pakaian muslimah serta koleksi fesyen berjenama terkemuka.
Haqqi bukan sahaja memanfaatkan ahli KTHB dan pendeposit Tabung Haji (TH), malah ia memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati lebih penjimatan menerusi jaminan harga terendah dan produk berkualiti buatan dalam dan luar negara.
Selain www.haqqi.com.my. ia boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar Tabung
Haji, “Thijari” dan laman sesawang KTHB, www.kthb.com.my.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan peragaan oleh sembilan jenama fesyen terkemuka seperti Owl By Nora Danish, Dara By Fathia Latiff, Ameera Zaini, EI by Elfira Loy, Izzuexclusive, Zareeth Zehra, Sirnasin dan Losravelda.