(SEMASA)  Lebih 20 Selebriti Popular ‘Last Minute’ Sertai AdHoc Raya 2022

Spread the love

KUALA LUMPUR, 9 April 2022: Kalau sudah dinamakan ‘adhoc’ yang bermaksud tanpa perancangan awal atau ‘last minute’, maka jangan hairan atau pelik jika tiba-tiba nama AdHoc Raya 2022 meniti di bibir ramai penggemar festival membeli-belah Aidilfitri.

Usah pelik atau hairan juga, sekiranya festival jualan Hari Raya, AdHoc Raya 2022 yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 29 April ini turut mendapat sokongan memberangsangkan daripada barisan selebriti popular tanah air.

Lebih 20 selebriti popular tempatan bakal menyertai AdHoc Raya 2022 sebagai salah satu cara memeriahkan lagi pesta membeli-belah pengakhir Ramadhan selepas 2 tahun orang ramai tidak berpeluang beraya sakan kerana pendemik Covid 19.

Ini semuanya kerana usaha ‘adhoc’ atau ‘last minute’ dari penganjur AdHoc Raya 2022 iaitu Sakura Events bekerjasama dengan selebriti popular Didie Alias yang bertindak sebagai penyelaras dan penasihat acara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sakura Events, Shahirah Nasharuddin berkata, objektif utama mereka ialah untuk membantu golongan peniaga yang terjejas akibat pendemik Covid 19 selama 2 tahun yang lalu.

“Kami ingin menolong dengan menyediakan platform perniagaan yang lebih efektif dengan harga mampu milik kepada peniaga untuk keluar berniaga semula setelah dua tahun terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Saya juga berharap penganjuran AdHoc Raya ini akan dapat membantu mereka yang kehilangan pekerjaan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri serta mendapat sambutan dari pengunjung dengan lebih meriah,” katanya.

AdHoc Raya 2022 menyediakan pelbagai aktiviti buat pengunjung seperti cabutan bertuah dan cenderahati dari penaja utama, berbuka bersama anak yatim dan juga persembahan dari artis terkenal.

AdHoc Raya 2022 dianjurkan oleh Sakura Events dan mendapat kerjasama daripada Todak, WTCKL dan Didies Entertaiment & Management. Festival membeli-belah ini akan diadakan di Tingkat 2 dan Dewan 3, WTCKL bermula 29 April hingga 1 Mei ini, dari jam 10 pagi hingga 3 pagi.

Pelbagai barangan dan keperluan bagi meraikan Hari Raya akan dijual di festival ini, antaranya pakaian, kelengkapan rumah, aksesori peribadi, telefon bimbit, barangan elektrik, kosmetik, kuih raya, makanan kering, kesihatan, kecantikan dan keperluan kanak-kanak.

Menurut Shahirah Nasharuddin, meskipun ini adalah pertama kali pihaknya menganjurkan AdHoc Raya 2022, tetapi beliau amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh barisan selebriti yang mengambil bahagian.

Apatah lagi usaha sama daripada pelakon serba-boleh Didie Alias yang mampu menjadikan acara ini semeriah yang mungkin.

“Saya suka dengan usaha Didie Alias yang telah berjaya membantu ramai usahawan sepanjang berlakunya pendemik . Objektif kami berdua adalah sama demi membantu usahawan yang terjejas. Dan untuk AdHoc Raya 2022, Didie Alias akan sama-sama saya untuk menjayakan penganjuran acara ini,” katanya penuh yakin.

Antara selebriti yang bakal memeriahkan AdHoc Raya 2022 ialah Didie Alias, Shiha ZikirRozita Che Wan, Emma Maembong, Cha Cha Maembong, Syafiq Kyle, Zoey Rahman, Dai Syed, Wak Doyok, Amelina, Naqui.

Turut mengambil bahagian, Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida, Luqman Hafidz, Noraniza Idris, Nad Zainal, Ruhainies, Aprena Manrose, Azlee Khairy, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Mark Adam, Sherry Ibrahim dan Enot.

Menurut Didie Alias, sebagai penyelaras dan penasihat acara, dia meletakkan harapan yang tinggi dengan AdHoc Raya 2022 walaupun masa yang diberikan untuk mengendalikan acara ini agak suntuk.

“Semua penganjur inginkan acara yang mereka anjurkan berjaya. Jadi dengan adanya saya dan team, saya akan laksanakannya sebaik mungkin.

“Saya percaya, dengan adanya selebriti yang turut menjayakan acara ini, mereka bukan sahaja mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, malahan juga merupakan idola di dalam bidang perniagaan.

“Strategi ini akan dapat menarik minat pengunjung untuk terus datang menyokong artis tanahai apatah lagi sudah 2 tahun rakyat Malaysia tidak dapat keluar membeli-belah dan melihat barang di depan mata,” katanya.

Didie Alias akan turut membuka gerai jualannya sendiri yang menjual beberapa produk iaitu kuih raya, produk kecantikan Aisel dan Pes Mak Yek.

Sebagai menyokong usaha mengurangkan rantaian Coviud 19, Sakura Events telah menyediakan laluan SOP khusus bagi para pengunjung dan akan memastikan para pengunjung menepati SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Gerai jualan AdHoc Raya 2022 dijual pada harga serendah RM2,888 sehingga RM10,000 Perniaga yang berminat untuk menyertai AdHoc Raya 2022, boleh menghubungi 01160877023 / 01160871659 atau email : sakuraeventsmanagement@gmail.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *