Tag: NORANIZA IDRIS

(HIBURAN) PENAUNG ‘RUMAHKU SYURGAKU’ BERAMAH MESRA BERSAMA ARTIS DAN MEDIA

MRF Consultant (M) Sdn Bhd hari ini menerima kunjungan Penaung Skim ‘Rumahku Syurgaku’ iaitu KEBAWAH KAUS YANG TERAMAT MULIA DATO’ JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN DATO’ HAJI MUHAMMED BIN HAJI ABDULLAH DATO UNDANG LUAK JOHOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Majlis Ramah Mesra bersama Penaung ini telah disambut meriah oleh lebih 100 penggiat seni dan media yang turut diundang bersempena majlis penyerahan borang permohonan Rumahku Syurgaku yang telah diperuntukkan sebanyak 1000 unit rumah ketika dilancarkan secara rasmi pada 7 Jun 2022 yang lalu. Berkesinambungan dari tarikh pelancaran tersebut, Yang Teramat Mulia telah berkenan untuk hadir beramah mesra dengan artis lama dan baharu dalam aktiviti sosial kemasyarakatan yang diselaraskan oleh Noraniza Idris, Duta Pelancongan Seni dan Budaya MRF yang telah diberi tanggungjawab selaku penyelaras program Corporate Social Responsibility (C.S.R) anjuran MRF. Read more →

(HIBURAN) NORANIZA IDRIS RAIKAN 100 ANAK-ANAK ASNAF DAN USAHAWAN IKS  DI MAJLIS IFTAR AMAL IHYA’ RAMADAN 2022

Dalam kesibukan kerjaya sebagai artis, Ratu Etnik Irama Malaysia , Noraniza Idris masih sempat memikirkan aktiviti tanggung jawab sosial bersama masyarakat. Noraniza Idris berkata ‘’Setahun sekali kita menyambut bulan Ramadan yang mulia dan setelah 2 tahun menghadapi pandemik global dan berakhir pada 1 April lalu, tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk meraikan Ramadan yang mulia bersama golongan kurang bernasib baik’’. Read more →

(SEMASA)  Lebih 20 Selebriti Popular ‘Last Minute’ Sertai AdHoc Raya 2022

KUALA LUMPUR, 9 April 2022: Kalau sudah dinamakan ‘adhoc’ yang bermaksud tanpa perancangan awal atau ‘last minute’, maka jangan hairan atau pelik jika tiba-tiba nama AdHoc Raya 2022 meniti di bibir ramai penggemar festival membeli-belah Aidilfitri. Read more →

(HIBURAN) NORANIZA IDRIS ANJURKAN FESTIVAL PERKAMPUNGAN BUDAYA MELAYU ‘MALAY WORLD CULTURAL PARADISE’ SEBAGAI AKTIVITI TARIKAN PELANCONGAN SECARA GLOBAL MENERUSI PLATFORM MEDIA SOSIAL

Festival Perkampungan Budaya Melayu ‘Malay World Cultural Paradise’ berhasrat untuk menjadi sebuah produk yang menjadi tarikan pelancongan pilihan nombor satu di Malaysia khasnya komuniti setempat seterusnya menjadi platform promosi aktiviti seni dan kebudayaan Melayu ke peringkat global. Justeru itu, menjadi produk pelancongan Malaysia yang akan mempamerkan seni dan budaya setempat kepada pelancong menerusi media sosial secara menyeluruh. Festival ini dianjurkan bagi membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya Melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat di samping meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan. Program ini adalah kesinambungan kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh Noraniza Idris. Read more →

(HIBURAN) L’Zzay Lancarkan Single #MohonTerasa Dengan Ratu Pop Tradisional Negara Noraniza Idris

13116211_948711165241980_255002134373326661_oKuala Lumpur (April 2016) – Selepas kejayaan single ‘Joget Selfie Raya’ yang menjadi fenomena ketika sambutan Aidilfitri tahun lepas, L’Zzay kini kembali dengan single terbaru yang diberi judul #MohonTerasa. Dengan minat yang mendalam terhadap  irama tradisional sejak dari bangku sekolah lagi, beliau telah menghasilkan sebuah lagu yang menggabungkan elemen R&B dan irama zapin bersama produser muda berbakat besar, Rudy Abdul Halim.
Read more →