(SEMASA) Lebih RAM, Lebih Kuasa, Lebih Seronok! Siri Galaxy A Memberi Anda 16GB RAM untuk Melakukan Lebih Banyak Perkara

Spread the love

Ia sentiasa menjadi bonus yang besar untuk mempunyai peranti yang padat dengan RAM yang besar. Untuk mana-mana pengguna media sosial dan pekerja, adalah sangat penting untuk memiliki peranti yang tidak melambatkan tugasan harian anda. Masuklah Siri Galaxy A tahun ini: rangkaian telefon pintar mampu milik daripada Samsung yang memberikan anda ciri penting tanpa menjejaskan kuasa prestasi, kuasa untuk mencipta dan kuasa untuk bertahan.

Dengan pemproses Octa-Core dan 16GB RAM fizikal dan maya, anda boleh meningkatkan prestasi Galaxy A53 5G anda dengan mudah untuk melaksanakan tugas anda untuk mengelakkan pengalaman yang tidak menyeronokkan. Lebih banyak RAM datang dengan kebolehan hebat – anda boleh membuat berbilang tugas dengan lancar dan menavigasi antara aplikasi tanpa perlu risau ia akan melambatkan peranti anda dan proses kerja anda. Ini juga bermakna anda boleh menggunakan aplikasi permainan yang berat atau aplikasi penyuntingan tanpa sebarang gangguan[1].

Galaxy A53 5G menampilkan pemproses Exynos 1208 5nm memberikan anda prestasi yang lebih pantas sehingga 6% serta grafik yang lebih pantas sehingga 33%, memberikan anda pengalaman multimedia yang mengasyikkan.

Jika anda berminat dengan Galaxy A53 5G, dapatkannya mulai hari ini sehingga 31 Mei 2022 untuk menerima Protective Standing Cover bernilai RM99 secara percuma. Untuk lebih ketenangan, dapatkan diskaun 20% Samsung Care+ Accidental & Liquid Breakage atau Breakdown Plan sehingga 2 tahun apabila anda membeli Galaxy A53 5G baharu. Lebih baik lagi, nikmati penjimatan hebat dengan promosi Purchase with Purchase “PWP” atau apabila anda menukar beli peranti layak anda dan menerima rebat tambahan sehingga RM150 atas nilai tukar beli asas[2].

Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy A53 5G terbaharu, sila layari:  https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a53-5g-awesome-blue-256gb-sm-a536elbhxme/

[1] Berbanding dengan Galaxy A52 5g, nilai yang dikira berdasarkan hasil ujian makmal.

[2] Tertakluk kepada terma dan syarat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *