(SEMASA) LEXUS MALAYSIA MEMPERKENALKAN MODEL PALING LARIS GLOBAL “LEXUS ES SERBA BAHARU”

Spread the love

1379585_235827069906163_518238156_n

Lexus Malaysia hari ini terus memenuhi jangkaan untuk terus menawarkan kereta mewah yang begitu kemas, selamat dan selesa di negara ini dengan memperkenalkan model terkini, model serba baharu Lexus ES. Berada dalam segmen khusus baharu yang biasanya dikuasai oleh sedan eksekutif bersaiz lebih kecil, model serba baharu ES menawarkan keluasan sedan mewah bersaiz penuh dengan harga yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

candid 3small

ES baharu ini menutup jurang antara model sport Lexus IS, dan sedan eksekutif Lexus GS dengan menawarkan ruang dalaman yang direka rapi, keluasan yang mendahului kelas, dan keselesaan Lexus yang sangat terkenal. Dibandingkan dengan IS dan GS, model ES menumpu lebih kepada pengalaman memiliki Lexus dan keselesaan yang ditawarkannya.

Merupakan generasi keenam, Lexus GS model marque kemewahan global paling laris, dan bakal meneruskan pencapaian membanggakan itu dengan sesuatu yang dipanggil Lexus “Neo Luxury & Neo Smart”. “Neo Luxury mewakili usaha mengejar kemewahan, sementara Neo Smart menzahirkan teknologi alam sekitar dan kecekapan bahan api yang maju. Digabungkan, ia menawarkan kepuasan kemewahan yang satu langkah di atas daripada keselesaan konvensional yang begitu menarik kepada kecenderungan individu”, kata Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.

LEXUS 1small

Lexus Malaysia adalah yang pertama di rantau ini menawarkan versi pemanduan sebelah kanan model serba baharu Lexus ES dan ditawarkan dalam tiga varian, iaitu ES250, ES250 Luxury dan ES300h. Model ES250 dan ES250 Luxury diperkasa oleh enjin lancar 2.5 liter, 4 silinder, 16 injap DOHC yang menghasilkan 181bhp dan kuasa kilas 235Nm dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Di dalam ES250 adalah ruangan dalaman yang direka rapi dengan rasa luas yang setanding dengan pesaingnya yang bersaiz lebih besar. Penumpang belakang boleh menikmati ruang kaki yang menerajui kelas dan kawalan pada para rehat tangan yang membolehkan mereka memilih suhu pendingin hawa dan kawalan terhadap sistem audio juga. Di samping itu, penumpang hadapan terus menikmati kedinginan menerusi pengudaraan kerusi.

Lexus ES serba baharu  juga memiliki varian hibrid direka untuk mesra alam sekitar tanpa menghilangkan sebarang elemen prestasi atau keselesaannya. Varian ini juga dijana oleh enjin 2.5 liter, 4 silinder, dengan dua motor elektrik. Digabungkan, jentera ini menghasilkan kuasa maksimum mengagumkan 202bhp dan kuasa kilas 213Nm.

Selain menjadi mesra alam sekitar dan sangat efisyen, varian Hibrid juga direka untuk memanjakan penumpangnya. Ruang dalaman dibina dengan teliti untuk menghasilkan kesempurnaan tahap tertinggi sama seperti varian bukan-hibrid, sistem audio Mark Levinson yang memiliki 15 pembesar suara, 12 saluran memberikan suasana dewan konsert yang tiada tandingan untuk kepuasan pendengaran.

LEXUS 2small

Bercakap pada majlis pelancaran Lexus ES serba baharu, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki mengulas, “Misi ES baharu ini ialah menyampaikan tarikan jenama Lexus kepada lebih ramai pelanggan dan pada masa yang sama, menarik pengguna baharu. Dengan reka bentuk menakjubkan dan berfungsi yang menggabungkan tanda dagangan Lexus seperti pada jeriji gelendong, lampu bernyala waktu siang dan roda khusus 17 inci khusus untuk model ini, ES serba baharu pasti akan menggegarkan pasaran bukan sahaja dengan reka bentuk hebatnya, tetapi juga kekuatan teknologi di dalamnya, terutama bagi segmennya.”

Lexus Malaysia merancang untuk menjual hampir 100 unit menjelang akhir tahun 2013, dan lebih 600 unit menjelang akhir 2014. Ini akan menyumbang kepada 40% kepada jualan keseluruhan Lexus di Malaysia. Seiring dengan perluasan dan kejayaan berterusan, Lexus Malaysia akan membuka tiga lagi bilik pameran Lexus di Kuching, Ipoh dan Melaka awal tahun hadapan.

Model serba baharu Lexus ES bakal menjadi model teras Lexus Malaysia dan ditawarkan pada harga RM259, 800 untuk ES250, RM279, 800 untuk ES250 Luxury, dan RM353, 000 bagi model teratas Lexus ES300 Hybrid. Lexus Malaysia menawarkan servis percuma 3 tahun dan 1 tahun cukai jalan dengan insurans percuma bagi 200 pelanggan pertama yang menempah Lexus ES serba baharu. Semua model didatangkan dengan waranti 3 tahun dan boleh diperolehi bermula 8 Oktober 2013 di semua pusat Lexus di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, Sungai Besi, Penang dan Johor Bharu.

Acara pelancaran turut dihadiri oleh Yg. Berbahagia Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi UMW Toyota Motor, Yg. Berbahagia Datuk Takashi Hibi, Timbalan Pengerusi, UMW Toyota Motor, Yang Berbahagia Datuk Syed Hisham Syed Wazir, Presiden dan CEO Kumpulan UMW Holdings dan En. Toshio Asahi, Ketua Jurutera, Lexus International.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *