(SEMASA) Luahan Rasa Penduduk Taman Bayumas

Spread the love

“Kami dah penat dengan masalah setempat” itu antara luahan penduduk di Taman Bayumas, Klang Selangor berhubung permasalahan yang timbul dan berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bertempat di perkarangan taman permainan kawasan perumahan tersebut, telah berlangsungnya satu sesi sidang media dan pertemuan penduduk dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Pandamaran, Selangor Y.B. Tuan Leong Tuck Chee bersama-sama kakitangan Pusat Adun N47 serta wakil agensi kerajaan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Majlis ringkas yang dikelolakan oleh Persatuan Penduduk Jalan Sambau Klang ini memberi peluang kepada penduduk Taman Bayumas meluahkan permasalahan mereka dan mendapat maklum balas daripada ADUN Pandamaran tersebut.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Sambau Klang, Encik Louis Clovis dalam ucapan beliau menggariskan beberapa permasalahan untuk dibincangkan bersama-sama ADUN Pandamaran antaranya adalah isu penggunaan tanah kosong untuk pertarungan ayam haram dan cadangan memasang pagar untuk tanah tersebut untuk menghalang aktiviti sabung ayam tersebut, cadangan menjadikan pintu masuk Sambau 15 sehala, cadangan untuk memulakan perkhidmatan keselamatan di satu pintu masuk, cadangan untuk memulakan kutipan bagi membiayai pemasangan pagar di belakang bagi menghalang aktiviti haram di tanah kosong kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap banyak aduan penduduk, masalah kawasan hutan yang terlalu besar merupakan lokasi yang bahaya kepada pemandu dan tempat pembiakan nyamuk denggi dengan banyak kes denggi di kawasan tersebut serta rumah orang tua haram yang beroperasi di Jalan Sambau 17.

Maklumbalas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Pandamaran, Selangor.

Y.B. Tuan Leong Tuck Chee memaklum kepada pihak penduduk untuk berkerjasama dengan Encik Jackie Ng yang merupakan pegawai penyelaras Pusat Khidmat ADUN Pandamaran. Secara prinsipnya beliau menyokong permohonan Persatuan Penduduk Jalan Sambau Klang untuk melaksanakan polisi Gated and Guard (Berpagar dan berpengawal) bagi perumahan di Taman Bayumas, Klang Selangor ini. Walau bagaimanapun, beliau perlu mendapatkan maklum balas dan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu walaupun pemilik tanah kosong Sritama Sdn Bhd menyatakan persetujuan secara bertulis untuk menyokong tindakan memagar sempadan kawasan tanah kosong tersebut.

Merujuk kepada isu aktiviti sabung ayam haram, beliau memaklumkan dan menyarankan pihak persatuan penduduk dan pemilik rumah membuat laporan polis.

ADUN Pandamaran tersebut bersetuju untuk menyalurkan peruntukan untuk menjalankan aktiviti gontong royong dan hari keluarga bagi menjayakan kempen memerangi pembiakan nyamuk denggi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *