(SEMASA) Majlis Makan Malam JAMU MAK DARA Bersama Media

Spread the love

MAN_9673Sudah 10 tahun syarikat Jamu Mak Dara Sdn Bhd berada didalam pasaran dan hati rakyat Malaysia. Syarikat ini wujud dari keringat titik peluh, usaha yang tidak putus pengasas dan sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan-pelanggan mereka yang terus menyokong perniagaan Jamu Mak Dara.

MAN_9335Bermula hanya dengan one-man show, Jamu Mak Dara membina empayar perniagaan selama 10 tahun dengan melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Pengalaman ini yang telah membuatkan Jamu Mak Dara matang didalam bidang perniagaan dan penghasilan produk sehingga digelar Mak Segala Produk oleh pelanggan-pelanggan setia kami.

MAN_9411

Jamu Mak Dara dikenali kerana kualiti dan kelainan dari segi produk dan yang paling penting, unik dari segi pemasaran. Jamu Mak Dara telah menjadi trendsetter sekali lagi dengan menjadi satu-satunya pengusaha dan pengeluar produk di Malaysia yang membawa perspektif pemasaran ke tahap yang lebih tinggi dan baru!

MAN_9434

Jamu Mak Dara membawa teknologi augmented reality untuk memperkenalkan produk serta memberi informasi dengan teknologi yang terbaru kepada pelanggan. Kini, dengan bantuan teknologi terbaru, produk Jamu Mak Dara mampu bercakap kepada pelanggan-pelanggan secara lebih dekat.

MAN_9526

Kejayaan Jamu Mak Dara bukan dinilai dari pencapaian kewangan semata, tetapi dinilai dari segi sumbangan syarikat kepada masyarakat. Oleh kerana itu, Jamu Mak Dara telah menubuhkan satu projek khas yang di namakan Projek Perintis. Projek ini adalah satu projek pembangunan usahawan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat serta perkongsian resipi kejayaan syarikat Jamu Mak Dara melalui kelas-kelas motivasi dan didikan kepada peserta.

MAN_9367Jamu Mak Dara percaya bahawa ilmu yang bermanfaat akan membantu masyarakat meningkatkan taraf hidup mereka. Kerana permintaan dari ramai pihak, segala pengalaman hidup Jamu Mak Dara telah dibukukan di dalam Rahsia Hidup Ibu Halimah dan Ceritaku Abib. Buku ini telah ditulis khas buat tatapan pengguna Jamu Mak Dara dan telah diterbitkan oleh JMD Publication Sdn Bhd dan boleh didapatkan di semua kedai-kedai buku di Malaysia termasuk MPH Bookstore, Popular, Times Bookstore, Kinokuniya dan Borders.

MAN_9627

MAN_9585

Jamu Mak Dara boleh terus dihubungi dengan pantas melalui:
Whatsapp : 012 3580 010
Talian Percuma : 1800 888 919
Facebook : Jamu Mak Dara
Instagram : jamumakdara
Email : info@jamumakdara.com
Website : www.jamumakdara.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *