(SEMASA) MAJLIS PELANCARAN GO EAT

Spread the love

Go Eat merupakan satu aplikasi digital keluaran sulung oleh satu syarikat bumiputera Malaysia, Go Eat Sdn Bhd. Aplikasi ini mula dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dan diterajui oleh Dato’ Khairil Muzamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pada Sabtu, 18 Januari 2020, aplikasi ini telah siap 100% dan dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang meraikan 200 tetamu jemputan dari seluruh negara. 

Aplikasi digital Go Eat ini merupakan aplikasi servis penghantaran makanan yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan di Malaysia. Dibarisi oleh keseluruhan anak-anak tempatan yang menjadi tulang belakang pengurusannya, Go Eat tampil gah dengan warna tema Hitam dan Kuning melambangkan imej produk dan hasil tangan rakyat Malaysia. Aplikasi ini juga menyediakan ribuan peluang pekerjaan dalam sektor Iogistik, makanan dan minuman serta perniagaan dari rumah iaitu ”home-cook”.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat, aplikasi ini sememangnya merupakan satu ciptaan anak tempatan yang mampu menghasilkan 8000 ke 10,000 peluang pekerjaan serta membuka peluang perniagaan luas kepada masyarakat di seluruh Malaysia. Aplikasi ini juga dibuat bertujuan bagi meningkatkan kompetensi anak muda Malaysia untuk bersaing di peringkat global serta membawa nama Malaysia sejajar dengan kemajuan negara lain di mata dunia.

Aplikasi GO Eat boleh di muat-turun di kedua-dua platfom iaitu Android Playstore dan IOS Appstore bermula 18 Januari 2020. Menggunakan pendekatan aplikasi mesra pengguna, Go Eat menyasarkan jumlah muat turun sehingga mencecah 1,000,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat itu sendiri, terdapat beberapa plan pembangunan aplikasi digital yang lain akan dibangunkan selepas ini dan ianya berkait rapat dengan Go Eat. Dari Malaysia untuk orang Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *