(SEMASA) MALAM PENGIKTIRAFAN TOKOH DAN USAHAWAN BERJAYA FUNNELEVO DI MAJLIS ANUGERAH DIGITAL BUSINESS AWARD 2021

Spread the love

1 April 2022 – Bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya, Sifoo International Sdn Bhd telah mengadakan Majlis anugerah Digital Business Award 2021 sebagai pengiktirafan kepada individu dan syarikat yang telah memberikan impak melalui platform digital sepanjang 2021.

Digital Business Award 2021 ini diberikan kepada usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah bimbingan FunnelEvo yang telah berjaya mencapai kejayaan yang memberangsangkan di dalam perniagaan mereka . Demikian juga, pengiktirafan ini adalah untuk membantu menaikkan jenama usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke lebih tinggi dan lebih dikenali ramai selari dengan matlamat FunnelEvo sendiri yang ingin membawa kejayaan ke persada antarabangsa sehingga 100 tahun akan datang.

Pengasas FunnelEvo

Fahdi Ghazali atau nama penuh beliau Mohd Fahdi Bin Mohd Ghazali, berusia 35 tahun merupakan Pengarah Urusan kepada SIFOO International Sdn Bhd. Beliau mula aktif dalam perniagaan dan pemasaran menggunakan internet sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang. Beliau merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, FunnelEvo+, Kuasa & EvoBina serta pengasas bersama Wira Capital Sdn Bhd.

Selain itu, beliau juga aktif membantu peniaga-peniaga di Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka menggunakan digital marketing melalui seminar bisnes #FunnelEvo yang beliau adakan hampir setiap bulan di Kuala Lumpur. Setakat hari ini, lebih 100 ribu peniaga yang hadir ke seminar FunnelEvo dan mendapat hasil darinya.

Misi beliau sekarang adalah untuk membantu lebih ramai lagi peniaga memasarkan produk atau servis di online dengan menggunakan Digital Marketing dan sistem Funnel.

Tentang FunnelEvo.

FunnelEvo dibina sebagai platform kepada usahawan untuk menimba ilmu berkaitan digital marketing dan juga memberi khidmat nasihat kepada syarikat untuk menggunakan platform digital sebagai medium pengiklanan. Pelajari asas pemasaran dan jualan secara digital yang menyeluruh meliputi Facebook, Instagram, Google, Messenger, Email, Website dan paling penting Database Marketing serta Sales Funnel untuk memajukan perniagaan online.

Pelancaran KUASA

Pada malam tersebut juga, Fahdi Ghazali telah melancarkan Fasa 1 platform yang dinaiktaraf yang dinamakan Sistem KUASA. Sistem KUASA bertujuan membantu usahawan meningkatkan jualan bisnes melalui platform terbaru mereka. Sistem KUASA SALES, merupakan penjenamaan semula dari sistem sedia ada iaitu Saleskip. Sepanjang tiga tahun Saleskip di pasaran, seramai 70,000 pengguna sistem dalam latihan telah mendapat manfaat mengautomasikan bisnes mereka secara ‘online’ dan memendekkan proses mendapatkan jualan dengan kelengkapan ciri pengambilan pesanan, pengurusan jualan, pembayaran online, integrasi sistem penghantaran segera & kurier serta ciri2 ‘auto follow-up’. Pengguna yang mendaftar pakej Sistem KUASA SALES akan mendapat potongan 30 % sekiranya melanggan pada 1 April 2022.

Sekiranya berjalan lancar, Fahdi Ghazali dan Funnelevo akan melancarkan 2 lagi platform Sistem KUASA iaitu KUASA CRM pada 7 April 2022 untuk menguruskan pelanggan semudah Drag and Drop manakala pelancaran Platform KUASA BLAST yang meliputi teknik 1 klik melalui WhatsApp, SMS dan Email pada 14 April 2022.

Funnelevo menyasarkan untuk membantu 100 ribu usahawan asia tenggara iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia melalui lonjakan jualan melalui platform kuasa pada tahun 2022.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *