(SEMASA) McDonald’s menghayati makna sebenar Ramadan dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan

Spread the love

Image 1

Kuala Lumpur, 16 Jun 2016 – McDonald’s Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti agar masyarakat dapat sama-sama menghayati bulan Ramadan ini. Memasuki tahun ketiga penganjurannya, McDonald’s Malaysia menaja burger McChicken dan apple pie untuk sesi moreh, seminggu sekali di 91 buah masjid seluruh negara. Malah, kali ini McDonald’s juga menaja juadah moreh di masjid-masjid di 15 universiti awam di seluruh negara.

Image 2“Sepanjang 34 tahun bertapak di Malaysia, kami sedar bahawa Ramadan membawa seribu satu rahmat dan keberkatan. Kami di McDonald’s cukup berbangga dapat mendekati masyarakat menerusi pelbagai inisiatif berteraskan kebajikan komuniti. Sesungguhnya, sikap tidak mementingkan diri dan belas ihsan sesama manusia menonjolkan erti sebenar Ramadan itu sendiri,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

Image 5Ramadan adalah peluang terbaik untuk menyumbang kepada masyarakat. Mengambil peluang yang ada, McDonald’s turut mengagihkan 30,000 set kurma dan air minuman kepada pengguna perkhidmatan awam komuter di lima stesen LRT, dua kali seminggu mulai 8 Jun hingga 20 Jun 2016.

Image 4Bukan itu sahaja, lebih 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Anak Yatim Nur Iman, Rumah Anak Yatim & Miskin D’Nasti and Rumah Anak Yatim & Miskin Baitul Husna telah dibawa untuk membeli-belah pakaian raya, keperluan sekolah dan dijamu dengan pelbagai juadah berbuka puasa. Selain menaja juadah berbuka puasa di Hotel Vistana Kuantan, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) juga turut memberi sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada setiap rumah kebajikan tersebut. McDonald’s Kuantan pula memberikan duit raya kepada kanak-kanak ini manakala Kotasas Sdn Bhd pula membiaya perbelanjaan pakaian raya mereka.

Image 3Selain itu, McDonald’s dan badan kebajikan pilihannya, RMHC turut akan meraikan kemeriahan Ramadan di Pusat Lambaian Kasih, Kuala Lumpur pada 24 Jun ini. RMHC bakal menyumbang RM6,000.00 kepada rumah kebajikan ini dan kakitangan McDonald’s akan juga turut serta meluangkan masa bersama kanak-kanak di situ semasa majlis berbuka puasa.

No. Agihan kurma dan minuman Tarikh
1 LRT Masjid Jamek 8, 9, 13, 14, 20 & 21 Jun 2016
2 LRT Plaza Rakyat
3 LRT Kampung Baru
4 LRT Sentul
5 LRT Taman Melati

###


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *