(SEMASA) Murid Berkeperluan Khas (MBK) Membuat Sandwic Gardenia pada Hari Roti Sedunia 2023

Spread the love

KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER 2023 – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. meraikan Hari Roti Sedunia bersama murid berkeperluan khas sambil berkongsi cara terbaik untuk menyediakan sandwic Gardenia kegemaran mereka dengan cara menyerlahkan kreativiti mereka dalam setiap keping roti. Zainudin Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Teon Hock Bin, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Sinar Bintang, Kuala Lumpur dan Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. hadir di sini hari ini bagi meraikan Hari Roti Sedunia 2023 yang dibawakan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Program tersebut berlangsung di Sekolah Menengah Sinar Bintang, Kuala Lumpur.

Melalui usaha ini, Gardenia berhasrat untuk menzahirkan kreativiti pelajar dalam setiap keping roti melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. “Rakyat Malaysia tidak putus menyokong jenama roti Gardenia selama ini. Sempena  Hari Roti Sedunia tahun ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mengambil peluang untuk meraikannya bersama murid-murid berkeperluan khas yang hadir pada hari ini,” kata Ena.

Menurut Zainudin, aktiviti yang boleh membantu memberi kesedaran anjuran pihak swasta amat dialu-alukan bagi membantu kementerian dalam menyampaikan mesej khidmat masyarakat kepada pelajar di seluruh Malaysia.

Menjelang program tersebut, pasukan Gardenia telah melawat 13 buah stesen transit aliran ringan (LRT) di seluruh Lembah Klang untuk menjual sandwic kepada penumpang LRT. Inisiatif yang bermula pada 17 Ogos 2023 dan berakhir pada 27 September 2023 itu bertujuan untuk menyediakan sarapan pagi berkualiti pada harga hanya RM1 dan pada masa yang sama mengumpul dana yang diperuntukkan untuk Hari Roti Sedunia 2023 oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Warga Gardenia berjaya menjual 10,000 sandwic pada harga RM1 setiap satu. RM10,000.00 terkumpul dihadiahkan kepada lima buah sekolah termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu, Sekolah Kebangsaan Khas Jalan Peel, and Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kg. Baharu. Setiap sekolah menerima RM1,000.00 beserta alat tulis khas. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang selaku tuan rumah turut menerima TV Pintar sebagai tanda penghargaan.

“Kami berharap para pelajar gembira dan seronok dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Hari ini, kami sangat berbesar hati dapat meluangkan masa berkualiti bersama pelajar-pelajar dan membuktikan kepada mereka bahawa Gardenia sentiasa ada bersama mereka,” kata Ena.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ingin meraikan lebih banyak lagi golongan masyarakat di Malaysia pada Hari Roti Sedunia pada tahun-tahun akan datang sebagai tanda terima kasih kerana memilih Gardenia sebagai jenama pilihan selama 37 tahun.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *