(SEMASA) OH!! MERlAHNYA RAYA BERSAMA JAKEL SHAH ALAM

Spread the love

IMG_20160612_132332KUALA LUMPUR, II Jun 2016 – JAKEL Trading Sdn. Bhd. meneruskan lagi kempen Oh!! Meriahnya Raya yang kedua bagi sesi tahun 2016 di JAKEL Shah Alam. Sesi kali ini telah menampilkan selebriti duta raya JAKEL seperti Datuk AC Mizal, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya serta Upin Ipin kepada pengunjung bagi mempromosikan koleksi pakaian raya JAKEL 2016.

IMG_20160612_130154Oh!! Meriahnya Raya pada hari ini telah diketuai oleh Encik Mohamed Izani Mohamed Jakel; Pengarah Urusan JAKEL Trading Shah Alam. Penampilan selebriti ini adalah platform untuk mempromosikan koleksi pakaian siap raya dimana selebriti turut membuat sesi “happy hour” atau dikenali dengan jualan lelongan. JAKEL menjangkakan koleksi pakain raya ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi yang terkini dan terbaru dikeluarkan oleh JAKEL.

IMG_20160612_133913Baju Melayu Moden

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak, Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan wama. Rekaan terbaru khas 2016 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan rnerah ci1i.

IMG_20160612_134042Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. lni kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu Jep Sepahtu dan Baju Melayu Datuk AC Mizal untuk memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini.

IMG_20160612_132806

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai sampin dan butang baju meJayu dengan setiap pembelian baju melayu.

Koleksi Jubah Tarawih

Koleksi jubah terawih di bawah label Jep Sepahtu ini adalah keluaran terbaru dan terkini JAKEL dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana jubah mempunyai keistimewaan yang tersendiri bagi pengemamya. Setiap koleksi jubah yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi Jubah Tarawih Jep Sepabtu ini menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. JAKEL juga mengeluarkan koleksi jubah dibawah label Aaron Aziz dan Nabil Ahmad untuk peminat-peminat mereka di luar sana. Setiap koleksi jubah yang dihasilkan mempunyai lebih 100 wama bagi setiap rekaan jubah.

Baju Kurung & Pakaian Kanak-kanak

JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita. Koleksi kali ini, JAKEL menampilkan rekaan yang lebih elegan dan segar. Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual pada harga serendah dari RM 59 ini juga diberi percuma sam ping dan butang baju melayu.

Manakala bagi Rozita Che Wan merupakan ikon pada pada keseluruhan produk JAKEL. JAKEL merupakan pusat membeli-belah dibawah satu bumbung yang membolehkan pelanggan membeli pakaian dan pada masa yang sarna juga mereka boleh membeli barang perhiasan rumah.

IMG_20160612_134823Koleksi Schawalara X JAKEL

a) Scha AI-YabyaX JAKEL

JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung dan Jubah Dress di bawah jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. lni kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha AI-Yahya X JAKEL ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keJuarga dan sahabat bandai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya X JAKEL didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL

Jubah dress pula diilhamkan untuk mereka yang mementingkan keselesaan. Dengan potongan seperti “dress” ia memberikan effect “maxi dress” tetapi masih lagi menekankan unsur muslimah. Ia tampil dengan pelbagai corak dan kemasan supaya ia boleh digunakan ketika hendak berterawih di bulan puasa, menghadiri majlis berbuka puasa ataupun boleh digunakan di hari Raya.

b) Awal Asbaari X JAKEL

Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label AA- Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motifwarna. Disamping itu, mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu untuk set Baju Melayu dari serendah RM 199 sepasang dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu.

Jubah yang dikeluarkan dengan kerjasama Awal Ashaari dan JAKEL juga menampilkan kerapian pada jahitan dan kekemasan pada bahagian leher. Rekaan jubah ini juga disertakan dengan poket di bahagian hadapan dan juga di sisi bahagian kiri jubah bagi memudahkan si pemakai menyimpan barang seperti duit dan telefon bimbit. Untuk menambahkan gaya pada si pemakai jubah, Ia didatangkan juga dengan “pochette” dwi bentuk untuk si pemakai tampil dengan dua stail yang berbeza. Logo AA dibahagian sisi “hidden pocket” memberikan penjenamaan Awal Ashaari pada jubah ini.

c) Lara Alana X JAKEL

Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga menampilkan si kecil Lara Alana sebagai wajah baru untuk raya tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak­ kanak perempuan Lara Alana X JAKEL. Lara merupakan kanak-kanak pertama yang mengetengahkan koleberasi bersama Jenama tekstil terkemuka di Malaysia, JAKEL. Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman so sial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana.

Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 10 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pad a baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti.

Bagi sesi promosi kali ini, JAKEL Shah Alam telah memberikan 300 pasang baju melayu secara percuma kepada 300 orang pengunjung yang terawal. Kempen Oh!! Meriahnya Raya diteruskan lagi ke cawangan JAKEL Johor Bahru pada 18 Jun 2016, serta di JAKEL Sabah akan diadakan pada 25 Jun 2016. Manakala di JAKEL Sg.Petani pada I Jun 2016 sebelum berakhir di JAKEL Alor Setar pada 2 Julai 2016.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, sila layari www.jakel.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *