(SEMASA) Pameran Ulangtahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Dilancarkan di Kuala Lumpur!

Spread the love

KUALA LUMPUR, 9 OKTOBER, 2023 – Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia yang dinanti-nantikan para peminat siri anime NARUTO telah dilancarkan Pavilion Bukit Jalil pada hujung minggu lepas, menandakan pelancaran hebat yang menghidupkan siri anime ikonik itu.

Acara tersebut dilancarkan oleh Mohamed Amin bin Yahya, Pengarah Kanan, dan Jeffri bin Munir, Timbalan Pengarah Kanan Domestik & Acara, di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bersama-sama barisan media, penganjur, dan rakan kongsi. Pameran ini meraikan sambutan dua dekad siri anime NARUTO, dan menghimpunkan para peminat siri anime tersebut, muda dan tua, dari seluruh Malaysia.

Meraikan 20 Tahun Bersama NARUTO

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 siri anime NARUTO, para peminat NARUTO dari seluruh Malaysia hadir memakai pakaian yang mengambil inspirasi daripada watak kegemaran mereka. Kehadiran para peminat disambut oleh Kurama, Rubah Sembilan Ekor, salah satu watak paling berkuasa dalam siri tersebuti – is menjagi tempat bergambar yang sukar untuk dilepaskan untuk peminat yang melawat pameran.

Selain dapat menyaksikan persembahan istimewa Wadaiko (gendang Jepun) semasa acara pembukaan, para peminat yang hadir juga dapat menikmati peluang untuk menjadi kumpulan yang terawal di Malaysia untuk memasuki kawasan pameran; ini menandakan populariti dan pengaruh budaya Jepun yang semakin meningkat di Malaysia.

“Kami sangat berterima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan oleh peminat yang berdedikasi. Kesabaran dan semangat yang dipamerkan oleh peminat-peminat ini sepanjang penglibatan mereka dalam dalam dunia NARUTO itu benar-benar menggembirakan” kata Dato’ Brian Lim, Pengasas, MMIC Entertainment Group di Pameran Ulang Tahun Ke-20 NARUTO TV Animation Malaysia. “Kami tidak sabar untuk semua rakyat Malaysia untuk melalui pengalaman pameran ini dengan mata mereka sendiri. Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi untuk memastikan peminat mempunyai masa seronok dan ini semua adalah hasil kerjasama rakan kongsi sokongan kami, Biz Trend Media, Sozo, I am Start Entertainment, Pavilion Bukit Jalil, dan Book My Show.”

Sorotan dari Pameran

Pameran ulangtahun ke-20 siri anime NARUTO membuat penampilan sulungnya di Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah Asianya; pameran tersebut, yang kini dibuka kepada orang ramai akan berlangsung dari 7 Oktober – 31 Disember 2023. Menjanjikan pengembaraan yang mengasyikkan ke dunia NARUTO, Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia menghidupkan siri anime melalui pengalaman termasuk set 3D, galeri alatan ninja, dan pengalaman VR yang menggembirakan generasi NARUTO seterusnya membolehkan mereka berinteraksi dengan watak kegemaran mereka dari alam semesta NARUTO dan BORUTO.

“Menghadiri acara pembukaan dan pameran ulangtahun ke-20 NARUTO bersama rakan-rakan dan keluarga saya adalah impian ayng menjadi kenyataan bagi saya sebagai peminat tegar NARUTO. Malaysia mempunya komuniti anime yang besar dan saya teruja untuk melihatnya berkembang dengan lebih banyak acara seperti ini” kata Miisa, peminat siri anime NARUTO. “Melihat watak kegemaran saya dihidupkan terasa seperti pengalaman sekali dalam seumur hidup. Perhatian terhadap perincian, daripada adegan yang dicipta semula kepada pengembaraan VR yang mengasyikkan terasa seperti perayaan sebenar legasi NARUTO dan saya berterima kasih kepada telah menjadi sebahagian daripadanya. Selamat ulangtahun ke-20 Naruto!”.

Pameran ini memberi peminat peluang untuk membayangkan semula lapan adegan ikonik, menghidupkan semula semangat ninja melalui kesan cahaya dan bunyi yang menakjubkan. Peminat juga dihiburkan dengan lawatan selama 45 minit ke 21 zon tema ikonik anime NARUTO di kawasan pameran seluas 10,000 kaki persegi.

Butiran Tiket

Tiket boleh didapati secara dalam talian atau di pintu hadapan pameran, bermula dari RM68 atau RM98 untuk pakej (Tiket Pameran + Tiket VR). Tiket untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh didapati pada harga RM28 atau RM48 untuk pakej (Tiket Pameran + Tiket VR). Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan tiket, sila klik sini.Harga yang tertera tidak termasuk yuran tempahan sebanyak RM4.

Pameran ini dibawakan kepada anda oleh Biz Trends Media, MMIC Entertainment Group, Sozo, I am Start Entertainment, Pavilion Bukit Jalil, dan Book My Show dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Malaysia) dan rakan kongsi, yang termasuk:

  • Rakan Kongsi Media: TV9, TV3, 8TV, FlyFM, 8FM, Tonton
  • Rakan Kongsi Hiburan: TikTok
  • Rakan Kongsi Percutian: Klook
  • Rakan Kongsi Minuman: Liquid Marketing

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://my.bookmyshow.com/e/N20EXMYS atau hubungi mmic_entertainment@outlook.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *