(SEMASA) PECAH REKOD MBOR, JATI SUMBANGKAN 3TAN BERAS KEPADA YANG MEMERLUKAN

Spread the love

Setelah berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menghasilkan guni beras terberat di Malaysia seberat 3 tan, JATI berbesar hati menyumbangkan beras tersebut kepada 10 buah rumah kebajikan terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, bersempena sambutan ulang tahun ke 30 JATI ini juga, JATI melalui JATI Foundation dan syarikat pengeluarnya Serba Wangi Sdn Bhd turut menyumbang RM3,000 dana tambahan dalam bentuk kewangan kepada setiap rumah kebajikan terpilih tersebut. 

JATI dalam satu kenyataan menyatakan bahawa, sumbangan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial pihaknya kepada mereka yang memerlukan. Hal ini juga secara tidak langsung adalah sejajar dengan objektif utama sambutan ulang tahun ke 30 JATI iaitu ingin meraikan kejayaan ini bersama semua peringkat masyarakat. Justeru, pihak JATI berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengembirakan mereka yang menerima.  JATI melalui JATI Foundation dan syarikat pengeluarnya Serba Wangi Sdn Bhd juga akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan dan sumbangan seperti ini dari masa ke semasa.

Untuk makluman, sambutan ulang tahun ke 30 JATI yang telah diadakan pada 16 Mei lepas di Lot 10 Kuala Lumpur telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari para pengunjung. Sambutan yang diadakan selama tujuh hari bermula 16 Mei 2023 sehingga 22 Mei 2023 turut menawarkan pelbagai aktiviti dan promosi yang menarik.

Mengenai Jati Foundation

Jati Foundation merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan pada 2009 berpengkalan di Kedah. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk menyalurkan bantuan kemanusian kepada golongan sasar yang memerlukan. Sejak penubuhannya, Jati Foundation sentiasa komited menghulurkan bantuan dari pelbagai aspek antaranya termasuklah bantuan pendidikan, sumbangan dana dan juga bantuan barangan keperluan harian.

Antara sumbangan yang pernah diberikan oleh Jati Foundation adalah bantuan dana bulanan secara tetap kepada rumah kebajikan terpilih sebanyak RM10,000 setiap bulan, membantu baik pulih rumah penduduk kampung di Baling, Kedah, bantuan alat pembelajaran di SJK(T) Palanisamy Kumaran, Sungai Petani pada 2020 yang dianggarkan berjumlah RM 15,000 dan lain-lain lagi.

Usaha ini juga akan sentiasa diteruskan dan dipanjangkan kepada semua golongan yang terlibat, sejajar dengan matlamat dan aspirasi pertubuhan ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *