BlackBerry Malaysia (NASDAQ: BBRY TSX: BB) hari ini melancarkan BlackBerry terbaru Blackberry Z10 di Malaysia. BlackBerry Z10 (skrin sentuhan) adalah telefon pintar pertama yang dijanakan oleh platform BlackBerry 10. Platform Blackberry ini telah direka semula (re-designed), kejuruteraan semula (re-engineered) , dan dicipta semula (re-invented ) untuk memberi pengalaman pengkomputeran mudah alih yang terbaru dan unik. Terdapat dalam dua warna pilihan untuk telefon pintar terbaru ini iaitu Hitam dan Putih. BlackBerry Z10 akan berada di pasaran bermula 9 Mac 2013 dengan syarikat telekomunikasi Maxis akan memulakan program pra-pendaftaran bermula esok 21 Februari 2013 diikuti oleh syarikat telekomunikasi Celcom dan DiGi pada 8 April 2013. Harga cadangan untuk Blackberry Z10 untuk pasaran Malaysia adalah sekitar RM2188.
BlackBerry Z10 dilengkapi dengan skrin sentuh penuh sebesar 4.2 inci tanpa papan kekunci QWERTY. Blackberry Z10 ini yang hanya setebal 9mm dilengkapi dengan kamera 8 Megapixel serta 2 Megapixel kamera hadapan untuk panggilan video dan sebagainya. Untuk fungsi “Multitasking” yang lebih efisyen, Blackberry Z10 ini dipadukan dengan Dual-Core 1.5 Ghz processor dan RAM sebesar 2 GB. BlackBerry Z10 didatangkan dengan memori dalaman sebesar 16 GB serta menyokong memori tambahan sehingga 32 GB.
spesifikasi BlakcBerry Z10 ialah:
- Pemprosesan 1.5Ghz Dual Core
- Skrin bersaiz 4.2 inci dengan resolusi 1280 x 768 piksel
- Memori bersaiz 2Gb
- Storan berkapasiti 16Gb
- Kamera belakang 8Mp dan kamera hadapan 2Mp
- Dimensi saiz : 130 x 65.6 x 9mm
- Berat : 137.5 gram
- microSD, microUSB, microHDMI, NFC
- Bateri 1,800 mAh