(SEMASA) PELANCARAN LAMAN SANTAI BISTRO & CAFE

Spread the love

Sign_8ftx16inch_1 bARU3

Laman Santai Bistro & Cafe, sebuah syarikat berstatus Bumiputera telah ditubuhkan pada tahun 2009. Pada awalnya, Laman Santai Bistro & Cafe dikenali sebagai Shisha Lounge dan beroperasi di 1 Lot kedai di Solaris Mount Kiara. Dari semasa ke semasa, Laman Santai Bistro & Cafe telah mengembangkan perniagaan dan kini telah memiliki 3 Lot perniagaan dan beroperasi di tempat yang sama.

Laman Santai Bistro & Cafe telah memperkenalkan satu jenis konsep perniagaan ‘Ala Santai’  bagi memenuhi keperluan pelanggan dan penggemar makanan, terutamanya masakan Timur Tengah dan Iran khususnya. Laman Santai Bistro & Cafe memberikan satu pengalaman baru kepada para pelanggan dengan memberikan suasana moden dan konsep desa/ kampung. Konsep campuran ini member peluang kepada pelanggan untuk memilih situasi yang mereka gemari. Disamping menikmati juadah makanan pelanggan juga turut dihiburkan dengan alunan muzik dan persembahan “live band” di pentas utama restoran. Pelbagai bentuk hiburan terutamanya persembahan tradisional Iran dan muzik moden dipersembahkan di sini.

Dari semasa ke semasa, Laman Santai Bistro & Cafe akan sentiasa memperkenalkan juadah-juadah baru. Pada ketika ini terdapat lebih kurang empat puluh (40) jenis juadah utama disajikan dan lebih dua puluh (20) jenis minuman. Pada ketika ini Laman Santai Bistro & Cafe telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan tempatan, Iran dan pelbagai bangsa. Masakan dan juadah yang disediakan adalah segar, bermutu dan berkualiti. Rempah-rempah dan ramuan masakan juga adalah dari hasil campuran bahan-bahan, rempah  tempatan dan juga diimport dari Negara Iran sendiri.

Pada ketika ini Laman Santai Bistro & Cafe telah berjaya bersaing dengan pengusaha-pengusaha restoran Timur Tengah dan Iran yang lain. Dengan perkembangan ekonomi Negara dan permintaan yang tinggi terhadap industry makanan “f &b” pada ketika ini Laman Santai Bistro & Cafe akan terus berusaha untuk terus mempromosikan industri makanan ini ketahap yang lebih baik.  Laman Santai Bistro & Café juga bercadang untuk membuka beberapa buah cawangan lagi di beberapa tempat yang telah dikenal pasti dalam masa yang terdekat ini.

Persaingan yang hebat di dalam industri juga telah mencetuskan berapa strategi jualan. Laman Santai Bistro & Cafe  akan mengadakan promosi makanan mengikut pakej makan malam yang lebih menarik dengan harga yang berpatutan. Promosi ini akan berlangsung selama satu (1) bulan bermula dari tarikh pelancaran. Promosi ini akan bermula pada 8hb September dan berakhir pada sehingga 10hb October 2014.

 

Segala harapan ingin dilaksanakan dan doa dipanjangkan. Sehingga kini, perjalanan dan juga cabaran Laman Santai Bistro & Cafe harungi seperti kata pepatah, tegah bias alah biasa. Laman Santai Bistro & Cafe bersedia dan akan terus bersama penggemar makanan Timur Tengah dan Iran di Malaysia untuk memenuhi permintaan peminat makanan ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *