(SEMASA) Pelancaran Set Kain Kafan Edisi Dato’ Kazim Elias: Satu Rumah Satu Keperluan

Spread the love

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati tetapi sejauh mana persediaan kita yang masih hidup ini dalam menghadapinya. Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan keperluan dalam menjalankan tanggungjawab fardu kifayah ini. 

Menyedari bahawa kurangnya pendedahan tentang kepentingan penyediaan awal set pengurusan jenazah di setiap rumah, KAF Digital Media, mula mendapat inspirasi untuk memperluaskan produk jualannya.

Syarikat KAF Digital media ditubuhkan pada tahun 2023 diasaskan oleh tiga orang anak muda iaitu Khairul Manaf, Anas Abd Rahman dan Fawzan Ismail. Setiap pengeluaran dikeluarkan sendiri dari kilang milik KAF Digital Media yang terletak di Desa Coalfield, Sg. buloh.

Membawa tagline “satu rumah, satu keperluan”, KAF Digital Media komited memupuk inisiatif masyarakat terutamanya yang beragama islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah di setiap rumah.

Pengeluaran sebanyak 1,500 Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Dato’ Mohammad Kazim Elias bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Edisi ini menampilkan pendakwah bebas, Dato’ Kazim Elias sebagai jurucakap.

Menariknya, set ini didatangi lengkap dengan 22 jenis item antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi. Ia juga boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan perempuan.

KAF juga turut mengumumkan cabutan bertuah bagi setiap pembelian dengan menawarkan hadiah berupa pakej umrah bernilai RM8690 dan 5 keping emas Alif seberat 1 gram yang bernilai RM3000.

Harga bagi setiap set hanya RM249 dan pembelian hanya boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com atau KAF Digital Media juga membuka jualan secara OEM dimana jika terdapat mana mana pihak yang ingin membuat penjenamaan sendiri bagi set pengurusan jenazah dan menginfakan set pengurusan jenazah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *