(SEMASA) Pembukaan Gula Petite & Pelancaran Buku Nota Resipi

Spread the love

PUTRAJAYA, 30 APRIL 2017: Selepas setahun enam bulan kafe Gula Cakery beroperasi di Kota Kemuning, Shah Alam, kini perniagaan itu dikembangkan dengan pembukaan kafe kedua yang diberi nama Gula Petite.

Ia secara rasminya mula dibuka pada 30 April lalu di pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya. Acara pembukaan Gula Petite dirasmikan oleh Dato’ Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. Menurut pemiliknya, Nor Arieni Adriena binti Mohd Ritzal, Gula Petite berkonsepkan kafe mini yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, sandwich dan hidangan minuman panas and sejuk.

“Menu kek di Gula Petite sama dengan di Gula Cakery, tetapi Gula Cakery juga menyediakanmenu makanan panas seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara dan Grilled Chiken Chop. Selain itu, Gula Cakery turut menyediaman kelas bakeri kanak-kanak dan dewasa.

“Kiranya, Gula Petite boleh dianggap sebagai mini Gula Cakery.. Di kedua-dua Gula Petite dan Gula Cakery, kami sediakan lebih 13 jenis kek setiap hari. Dan untuk memberikan kepelbagaian pilihan buat pelanggan, kami akan menukar jenis kek setiap minggu,” katanya.

Antara kek yang menjadi pilihan utama pembeli ialah kek Pandan Gula Melaka, kek Double Chocolate Nutella, Pavlova dan Choux Pastries. Pada acara pembukaan Gula Petite itu, turut dilancarkan buka nota resipi istimewa yang turut memuatkan beberapa resipi menu ‘signature’ kafe itu.

“Buku nota itu tampil dengan lima warna di mana ia terdapat beberapa perkongsian resipi ‘signature’ serta kisah di sebalik setiap resipi yang dihasilkan.

“Menariknya, buku nota itu turut memuatkan foto-foto menu kami selain vaucer diskuan untuk pembelian kek,” ujarnya. Buku nota itu yang hanya didapati di kafe Gula (Petite dan Cakery) berharga RM85. Buat pembeli terawal, akan menerima harga promosi iaitu RM75.

Mengenai sejarah perniagaan Gula, ia bermula dengan pengasasnya, Arieni yang sering membantu neneknya memasak dan membakar kek terutamanya menjelang Hari Raya. . Selepas mendalami pelbagai ilmu masakan, Arieni tampil dengan Gula Bakery, di mana beliau membuat kek berdasarkan tempahan yang diterima.

Kerana minat yang mendalam dalam mengajar, beliau turut membuka kelas bakeri di rumahnya. Arieni turut dibantu ibunya, Nor Aini Muhid, atau lebih dikenali sebagai Gula Mummy dalam sama-sama menghasilkan aneka kek.

Malah kedua-dua mereka pernah memecah rekod membuat aneka resepi selama 36 jam tanpa henti.

Kemudian, kepercayaan yang diraih daripada pelanggan-pelanggan yang sangat berpuas hati itu membuatkan mereka tampil membuka kafe Gula Cakery pada September 2015 berkonsepkan perniagaan keluarga. Pada hujung tahun 2015, ia telah dinamakan sebagai salah satu kafe berkosepkan kekeluargan yang terbaik di Kuala Lumpur oleh Time Out KL, dan pengikut Instagramnya melonjak sebanyak 50,000 orang dalam masa kurang dari setahun.

“Kami sangat gembira dan bersyukur dengan pembukaan Gula Petite dan berharap perniagaan ini akan terus berkembang dan dapat membuka lebih banyak cawangan di serata Malaysia pada masa hadapan. “

Website: www.gulacakery.com
Facebook/ Instagram : Gula Cakery
Email: hello@gulacakery.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *