(SEMASA) Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 di Pusat Pemborong GM Klang

Spread the love

Pemenang Cabutan Betuah(30 Julai, Klang) –Terkenal sebagai sebuah pusat pemborong sehentian yang komprehensif, Pusat Pemborong GM Klang merupakan antara salah satu kompleks perniagaan yang kerap menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Kali ini, menerusi kerjasama dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Selangor (JKKN), sebuah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri gilang gemilang telah berjaya diadakan di Pusat Pemborong GM Klang.

Yang Dipertua MPK bersama Dato’ Lim Seng Kok.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Dipertua MPK, Yang Bhg. Dato’ Hj Mohamad Yasid Bin Bidin ini telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat bukan saja dari kawasan sekitar malah luar kawasan Klang. Dianggarkan lebih kurang 3,000 pengunjung telah menghadiri majlis tersebut. Selain Yang Dipertua MPK, jemputan-jemputan VIP yang turut hadir termasuklah Pengarah JKKN Selangor, Encik Ghazali Bidin, ketua-ketua pengarah setiap jabatan MPK, dif-dif kehormat dari Tourism Malaysia Selangor, Tourism Selangor, Halal Industry Development Corporation (HIDC), Halal Industry Selangor (HIS), Klang Chinese Chamber of Commerce and Industry (KCCCI), Persatuan Pemborong Malaysia (PPM), rombongan anak-anak Yatim dari Rumah Amal Asnaf Al Barakh Sijangkang dan lain-lain.

Persembahan JKKN Selangor

Pembabitan JKKN Selangor sebagai penyumbang persembahan pentas telah membantu mengkayakan lagi pengisian majlis ini. Sebanyak 3 slot persembahan pentas telah disi oleh pihak JKKN Selangor di mana paparan tarian tradisional yang menarik telah diketengahkan untuk tontonan pengunjung.

Fahrin Ahmad Pengacara majlis

Wakil pengurusan Pusat Pemborong GM Klang, Encik Robinn Low dalam sesi temubualnya berkata, inilah perkara utama yang Pusat Pemborong GM Klang sasarkan. Penganjuran majlis rumah terbuka ini merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan bandar Klang kepada orang luar. “Kami telah membuat persediaan rapi untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang disediakan bukan saja dapat menghiburkan orang ramai tetapi juga memberi manfaat kepada mereka. Kami sangat berterima kasih kepada pihak MPK dan JKKN Selangor di atas sokongan mereka kepada majlis ini dan berharap lebih banyak aktiviti-aktiviti pembangunan korporat dan kemasyarakatan sebegini dapat dilakukan bersama-sama di masa akan datang bagi menaikkan lagi nama bandar Klang”, jelasnya lagi.

Amy Mastura & Fahrin Ahmad

Majlis yang diacarakan oleh pelakon/pengacara terkenal, Fahrin Ahmad ini turut memuatkan persembahan-persembahan menarik yang lain seperti persembahan nyanyian artis-artis tempatan seperti Amy Mastura, Indah Ruhaila dan Afieq Shazwan dan  persembahan-persembahan istimewa dari anak-anak yatim, staf-staf pengurusan dan peniaga-peniaga Pusat Pemborong GM Klang. Tidak lupa untuk pengunjung-pengunjung cilik, Pusat Pemborong GM Klang turut membawa maskot Nana dan Jojo dari Didi & Friends untuk aktiviti santai bersama mereka. Aktiviti yang paling mendapat sambutan hangat pula tentunya slot cabutan bertuah utama yang dilakukan oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Dato’ Lim Seng Kok yang menyaksikan tiga pengunjung bertuah membawa balik barangan-barangan elektrik berjenama iaitu sebuah televisyen, peti ais dan mesin basuh.

Persembahan Indah Ruhaila

Majlis rumah terbuka ini jelas terasa kemeriahannya apabila Pusat Pemborong GM Klang turut menyediakan sebanyak 20 buah gerai-gerai makanan percuma yang menyajikan menu-menu raya untuk santapan orang ramai.

Kemeriahan Rumah Terbuka GM Klang

Acara menarik lain yang diselitkan menerusi majlis ini juga ialah Majlis Menandatangani Penyerahan ‘Bulatan Seratus’ sebagai kawasan angkat kepada Pusat Pemborong GM Klang oleh MPK. Sesi menandatangani penyerahan tersebut telah dilakukan oleh Yang Dipertua MPK sendiri bersama-sama Dato’ Lim Seng Kok.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *