(SEMASA) Pengumuman Him Law Sebagai Duta Jenama Kinohimitsu & Pelancaran Kinohimitsu Snow Lotus

Spread the love

Kuala Lumpur, 1 Jun 2019 – Kinohimitsu Malaysia hari ini mengumumkan Him Law sebagai Duta Jenama yang baru, bersempena dengan pelancaran Kinohimitsu Snow Lotus, salah satu produk anti-penuaan Kinohimitsu yang baru dari kategori kecantikan dan kesihatan.

Him Law sebagai Duta Jenama Kinohimitsu, membawa kejutan kepada kebanyakan orang kerana ramai yang tidak menjangka Duta Jenama Kinohimitsu untuk kali ini adalah lelaki. Kinohimitsu dikenali sebagai sebuah jenama kesihatan dan kecantikan.  Ia sentiasa menjadi peneraju utama untuk produk inovasi. Him Law sesuai menjadi Duta Jenama Kinohimitsu kerana beliau adalah seorang yang sihat, cergas serta aktif dalam bidang sukan. Di samping itu juga, beliau sentiasa mengekalkan kekuatan stamina serta konsistensi yang selaras dengan imej Kinohimitsu.  Di era ini, kesihatan dan kecantikan bukan hanya fokus kepada wanita sahaja, tetapi juga penting bagi setiap lelaki.

Imej Him Law yang cergas dan sihat juga setanding dengan produk Kinohimitsu Superfood Supreme.  Produk yang anti-radang ini, juga bagus untuk kesihatan tulang, sendi, dan otot.  Kinohimitsu Superfood Supreme amat sesuai untuk mereka yang aktif dalam sukan, golongan tua, serta mereka yang melalui proses pemulihan dan fisioterapi. Bahan utama dalam produk ini adalah ekstrak manggis, protein kacang, beras perang dan biji bijan hitam.

Acara majlis bermula dengan persembahan lagu oleh Adrian, salah seorang DJ dari stesen radio OneFM, diikuti dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech, Ms. Jennifer Chin. Selepas itu, saat yang dinantikan tiba, apabila Him Law membuat kemunculan ke arah pentas.

Selepas sesi perkongsian dari Him Law, agenda diteruskan dengan pelancaran Kinohimitsu Snow Lotus oleh Pengarah Urusan Kino Biotech Malaysia, En. Marcus Chong dan Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech, Ms. Jennifer Chin berserta dengan Him Law, Duta Jenama Kinohimitsu.

Kinohimitsu Snow Lotus adalah salah satu produk baharu Kinohimitsu. Produk yang menyegarkan ini dirumus dengan Snow Lotus Stem Cell yang telah dipatenkan, kolagen marin dan fitonutrien yang lain. Selain dapat meningkatkan ketangkasan dan kecergasan untuk kualiti hidup yang lebih baik, Kinohimitsu Snow Lotus juga berfungsi sebagai produk anti-penuaan. Bahan utama dalam produk ini ialah Snow Lotus Stem Cell yang telah menerima 11 paten antarabangsa dari 8 negara dan teknologinya telah memenangi 5 anugerah dari 5 negara.

Kinohimitsu Snow Lotus diformulasikan dengan teknologi yang canggih, di mana komponen bioaktifnya dikekalkan untuk memberi keberkesanan secara maksimum. Produk ini mempunyai banyak manfaat, antaranya termasuklah memberikan fleksibiliti kepada sendi, melindungi sel-sel dari kerosakan radikal bebas, meningkatkan kecergasan mental, serta menganjalkan kulit.

Selepas acara pelancaran Kinohimitsu Snow Lotus, sesi autograf dan fotografi diadakan.  Peminat berpeluang mengambil gambar bersama Him Law secara individu dan menerima autograf beliau pada T-shirt yang telah dicetak.

Setelah selesainya sesi autograf dan fotografi, Him Law mengunjungi Kinohimitsu Beauty Bar di Parkson Elite di mana beliau menerima temuduga daripada media. Acara majlis berakhir selepas itu.

Kinohimitsu Snow Lotus 10’s dijual dengan harga promosi RM139 (Harga sebenar: RM 159) setiap satu dan Kinohimitsu Superfood Supreme 1kg dijual dengan harga promosi RM85.90 (Harga sebenar: RM 95.90) setiap satu. Kedua-dua produk tersebut boleh didapati di Kinohimitsu Beauty Bar cawangan Parkson dan Aeon yang terpilih, Watsons, Guardian, Aeon Wellness, Sasa, Caring, dan farmasi-farmasi lain serta melalui jualan secara langsung di Astro Go Shop. Manakala pembelian dalam talian boleh didapati di e-kedai Kinohimitsu (my.kinohimitsu.com) Lazada, Shopee, Qoo10, 11street dan Fabbo.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *