(HIBURAN) Filem ‘Ada Apa Dengan Dosa’ akan datang di pawagam 2019

Spread the love

 
Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pada tahun ini, Pencil Pictures And Records Sdn Bhd mengambil kesempatan untuk tampil buat pertama kalinya bagi memperkenalkan filem terbaru “Ada Apa Dengan Dosa” yang akan ditayangkan pada hujung tahun ini. Filem yang bergenre Drama / Islamik ini mengisahkan Aurora, 19 tahun dibesarkan oleh keluarga angkatnya sejak kecil di Eropah. Pertemuannya dengan Khaliq memberi sinar untuk Aurora mengenali Islam dengan lebih dekat. Tanpa sengaja Aurora terdengar ibubapa angkatnya mendedahkan kisah sebenar sehingga menyebabkan Aurora nyaris meragut nyawanya sendiri. Akhirnya Aurora nekad mencari ibubapa kandungnya dengan bantuan Khaliq. Berjayakah Aurora berjumpa dengan ibu bapa kandungannya di Malaysia? dan menempuh segala rintangan yang dilalui . ADA APA DENGAN DOSA merupakan filem Ke-6 terbitan Pencil Pictures And Records Sdn Bhd bakal mencetus fenomena di Malaysia.

“Ada Apa Dengan Dosa” Menampilkan pendatang baru Wanna Ali, seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu “LEPASKAN” dan pelakon baru yang meningkat naik. Wanna Ali memegang watak sebagai Aurora dalam filem “Ada Apa Dengan Dosa”melahirkan rasa teruja kerana dapat memegang watak yang sangat mencabar mental beliau. Di samping itu Wanna juga rasa bertuah dapat beraksi bersama-sama pelakon lain yang sangat berbakat. Rizz Ismail , pula seorang pelakon baru yang pertama kali memegang watak utama dalam sebuah filem mengakui ini merupakan satu pengalaman yang banyak mematangkam beliau dalam dunia lakonan. Peserta program realiti pencetus ummah musim 4 ini merasakan jalan cerita ADA APA DENGAN DOSA sangat dekat dengan beliau. Antara pelakon Hebat lain yang turut membintangi filem ini ialah Fasha Sandha, Ashraf Muslim, Adam Corrie, Fauziah Nawi, Mohamad Dill dan ramai lagi.
Filem ini diinspirasikan dari Kisah Benar dan mendapat garapan daripada Rahila Ali yang berpengalaman dalam bidang pengarahan . Terutamanya bagi filem yang bergenre romantik ,drama dan islamik. Antara filem yang pernah diarahkan adalah filem “Aku Ada Kau Ada” yang penggambaran sepenuhnya di jalankan di Korea dan beliau juga mengarahkan banyak drama drama popular TV di Malaysia.
 
Filem yang telah menelan kos perbelanjaan produksi sebanyak RM 1.5 juta ini telah menjalani penggambaran di Scotland, dan Wales United Kingdom.Filem ini Telah siap 70% dan masih dalam proses akhir penyuntingan audio dan visual.
Filem Ada Apa Dengan Dosa ini adalah sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang sarat dengan emosi dan mengangkat Isu semasa yang kurang diberi perhatian dalam masyarakat hari ini. Kami yakin filem ini mampu membuka mata dan memberi ikhtibar pada semua yang menonton. Kami juga yakin filem ini bakal membuat penonton berasa teruja untuk mengikuti kisah seterusnya. Dengan sokongan promosi yang meluas, kami berharap ia mampu mencipta fenomena baru di Malaysia.
Di samping itu, filem ini sudah pastinya membawa mesej yang penuh dengan pengajaran kepada penonton. Diharapkan filem ini mendapat tempat di hati penonton dan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.
Sehingga hari ini Pencil Pictures masih menjalankan peranan untuk mempromosikan filem ini ke seluruh negara. Tetapi dalam masa yang sama Pencil Pictures juga dalam perbincangan untuk berkerjasama dengan beberapa syarikat bagi tujuan edaran dan pemasaran filem ini. Dengan kerjasama ini diharapkan dapat membuka jalan kepada filem ini supaya mendapat pendedahan yang sewajarnya kepada umum terutamanya peminat-peminat filem tempatan. Sokongan yang berterusan akan menjadi pembakar semangat kepada pihak produksi untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu demi meningkatkan lagi industri perfileman negara kita. Nantikan filem Ada Apa Dengan Dosa akan datang di pawagam 2019. Sesungguhnya Allah tidak pernah melihat bagaimana permulaan kamu sebaliknya pengakhiran itu adalah yang terbaik.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *