Pesta Emas HABIB tampil pada waktu yang amat signifikan ketika harga emas kini berada pada paras tertinggi dalam sejarah. Lanjutan penutupan kerajaan Amerika Syarikat bermula 1 Oktober yang lalu telah memacu kenaikan harga emas ke tahap tertinggi pada awal minggu ini.
Sebagai jenama barangan kemas tempatan yang meneraju industri selama lebih 67 tahun, HABIB dengan bangga membawakan Pesta Emas, sebuah kempen berskala nasional yang kini sedang berlangsung di kesemua bilik pameran HABIB seluruh negara untuk meraikan emas.
“Emas telah lama dihargai kerana nilainya yang kekal – sama ada dipakai sebagai perhiasan, disimpan sebagai pelaburan atau dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia semakin peka terhadap pergerakan harga emas yang kini menjadi antara topik hangat yang diperkatakan di media sosial dan arus perdana. Walaupun harga terus meningkat, keyakinan pelanggan terhadap emas kekal kukuh, malah semakin ramai yang memilih untuk memiliki barangan kemas emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan strategi kewangan mereka,” ujar Dato’ Sri Meer, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB.
“Selama lebih enam dekad, HABIB telah berkembang seiring dengan rakyat Malaysia membina keyakinan sebagai jenama barangan kemas tempatan yang dipercayai. Pesta Emas HABIB menjadi platform untuk kami berkongsi ilmu dan meningkatkan kesedaran tentang nilai emas sebagai aset paling berharga di pasaran global. Usaha ini juga bertujuan untuk memastikan pelanggan membuat keputusan yang lebih bijak dalam pelaburan mereka,” tambah beliau.
Sebahagian daripada intisari kempen ini adalah inisiatif ‘Jelajah Emas’ yang bertujuan untuk merapatkan jurang ilmu mengenai emas di kalangan rakyat Malaysia serta membawa HABIB lebih dekat kepada para pelanggan. HABIB turut menampilkan pakar dan hos HABIB yang akan menjelajah ke bilik pameran terpilih di seluruh negara bagi berkongsi ilmu berkenaan emas yang juga bakal disiarkan di platform media sosial termasuk Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook (@HABIB).
Selain itu, HABIB mempamerkan koleksi terbaharu barangan kemas emasnya yang merangkumi koleksi ikonik Oro Italia 916, koleksi emas 916, barangan kemas emas 999 dan pelbagai rekaan menarik yang lain. Menerusi inisiatif ini, HABIB membawa pelanggan menghayati perjalanan yang melangkaui sempadan dan masa, meraikan keindahan emas merentasi budaya dan generasi.
Koleksi terkenal Oro Italia 916 merupakan simbol gabungan kehalusan seni ketukangan Itali dengan penghargaan tinggi rakyat Malaysia terhadap emas. Kerjasama ini bermula apabila HABIB memperkenalkan idea untuk menghasilkan barangan kemas daripada emas 916 kepada tukang emas Itali yang secara tradisinya lebih cenderung menggunakan emas 750 untuk menghasilkan rekaan yang halus. Melalui kepakaran dan inovasi bersama, kedua-dua pihak berjaya menggabungkan ketukangan Itali dengan keunikan emas 916, maka lahirlah koleksi Oro Italia 916 yang eksklusif dan hanya boleh didapati di HABIB.
Kerjasama ini terus membawakan rekaan bertaraf dunia yang menggabungkan warisan dan gaya moden kepada rakyat Malaysia. Antara sorotan tahun ini ialah gelang tangan Sicilia baharu yang diperkenalkan selepas sambutan hangat terhadap siri cincin Sicilia serta koleksi Cavo yang kini tampil dengan rekaan lebih ringan dalam tiga rona emas — kuning, putih dan ros. Menggabungkan gaya minimalis dan maksimalis, koleksi ini sesuai untuk semua generasi yang ingin tampil elegan dan bergaya.
Selari dengan kempen Pesta Emas, HABIB turut menawarkan perkhidmatan beli balik dan tukar beli pada harga kompetitif di semua bilik pameran bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang ingin memperoleh emas dan berlian baharu dengan menjual barangan kemas sedia ada mereka.
Untuk maklumat dan perkembangan terkini, layari laman web rasmi www.habibjewels.com dan ikuti HABIB di platform media sosial seperti Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).

