(SEMASA) THE GUNDAM BASE Pertama di Malaysia Dibuka di fahrenheit88

Spread the love

Kuala Lumpur, Malaysia, 14 April 2026 — Peminat francais ikonik Gundam di Malaysia kini mempunyai destinasi baru untuk meraikan minat mereka dengan pembukaan THE GUNDAM BASE Malaysia, kedai rasmi utama yang pertama di negara ini, yang didedikasikan sepenuhnya untuk Gundam dan model plastiknya, Gunpla.

Dikenali di peringkat global sebagai pusat rasmi Gundam dan Gunpla, THE GUNDAM BASE kini melebarkan sayapnya ke Malaysia melalui Bandai Namco Asia dan pengedar tempatan Litt Tak Sdn. Bhd. Bertempat di fahrenheit88, kedai konsep ini menampilkan model Gundam dan Gunpla yang eksklusif, koleksi edisi terhad, pameran mengasyikkan dan pengalaman membina model secara interaktif – menjadikannya destinasi yang cukup  memikat untuk pengumpul, penggemar dan peminat baharu.

Pengunjung akan disambut di pintu masuk oleh wira gagah RX-78-2 Gundam setinggi 1.8 meter dalam warna eksklusif GUNDAM BASE yang menawan. Ruang foto khas juga disediakan untuk memberi peluang peminat bergambar dengan latar belakang pelan reka bentuk mobile suit yang ikonik.

Membawa Pengalaman Global Gundam ke Malaysia

Bandai Namco Group, Japan, berkata pembukaan itu menunjukkan komitmennya untuk membawa pengalaman Gundam supaya lebih dekat dengan peminatnya di seluruh Asia Tenggara.

Direka sebagai destinasi utama, THE GUNDAM BASE menawarkan dunia Gundam dan Gunpla yang sangat mengujakan. Dengan kemunculan sulungnya di Malaysia, syarikat itu berhasrat untuk membawakan pengalaman ini kepada peminat tempatan, yang bertepatan dengan visinya ‘Fun for All into the Future’ (Keseronokan untuk Semua ke Masa Hadapan).

Melalui gabungan elemen peruncitan, pembelajaran dan penglibatan komuniti, THE GUNDAM BASE Malaysia ini direka sebagai hab bagi membolehkan peminat meneroka sepenuhnya kreativiti dan ketelitian seni pembuatan model Gundam. Bengkel membina model secara interaktif akan diadakan setiap hari dari jam 12 tengah hari – 3 petang & jam 5 petang – 8 malam, bermula 20 April 2026.* *Tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk media sosial kami untuk makluman terkini.

THE GUNDAM BASE Malaysia menampilkan pelbagai model plastik Gundam dengan beraneka pilihan gred termasuklah Entry Grade (EG), High Grade (HG), Real Grade (RG), Master Grade (MG) dan Perfect Grade (PG), sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini atau pembina berpengalaman.

Hab Baharu untuk Komuniti Gundam Malaysia

En Tan Ee Chian, Pengarah Eksekutif Litt Tak, berkata, “Pembukaan kedai ini merupakan satu pencapaian penting bagi komuniti peminat Gundam di Malaysia yang mantap dan penuh semangat. THE GUNDAM BASE Malaysia menyediakan hab khusus untuk peminatnya di mana mereka boleh mendapatkan produk asli, akses kepada keluaran eksklusif dan berhubung dengan rakan peminat yang lain. Ruang bengkel pula menjadi medan komuniti yang direka untuk merangsang kreativiti, pembelajaran dan mencipta pengalaman bersama bagi  peminat lama dan baharu.”

“Kami berbesar hati menyambut kehadiran THE GUNDAM BASE Malaysia di fahrenheit88. Ia menambah tarikan baharu yang tersendiri kepada landskap pelancongan dan gaya hidup Bukit Bintang yang meriah. Ketika Kuala Lumpur terus menarik kedatangan pengunjung dari seluruh dunia, kedai konsep utama ini menawarkan pengalaman budaya pop yang menyeluruh, menggabungkan dunia fandom, kreativiti dan komuniti untuk audiens tempatan dan antarabangsa,” kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif fahrenheit88.

Sempena pembukaan rasmi kedai ini, empat model akan dilancarkan buat pertama kali di Malaysia dan ia boleh didapati di THE GUNDAM BASE MALAYSIA di fahrenheit88.

Peminat boleh mengikuti saluran media sosial THE GUNDAM BASE Malaysia untuk mengetahui makluman dan acara terkini di https://www.instagram.com/popular/gundam-base-malaysia/; https://www.instagram.com/the_gundambasemy;

https://www.facebook.com/BANDAIHobbysite.EN;

Tanda pagar: #gundambaseMY #gundambase #bandai #gundam #fahrenheit88

 

Butiran Kedai

THE GUNDAM BASE MALAYSIA

Tarikh Pembukaan: 14 April 2026

Waktu Operasi: 10:00 PAGI – 10:00 MALAM setiap hari dengan bengkel membina model secara interaktif (antara jam 12 tengah hari – 3 petang & 5 petang – 8 malam), bermula pada 20 April 2026.

Lokasi: Tingkat Dua, Lot 2-43, fahrenheit88 Mall, 179, Jalan Gading, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

 

Tarikan Utama Kedai:

  • Patung RX-78-2 Gundam setinggi 1.8m
  • Ruang foto dengan latar dinding tertera pelan reka bentuk
  • Ruang bengkel Gunpla
  • Model pelancaran yang eksklusif


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *