(SEMASA) Pesta Makan-Makan Kimball Tampil Penuh Dramatik

Spread the love

Kimball_01

Shah Alam, 23 Julai 2016 Kimball, jenama sos seisi keluarga selama lebih 40 tahun di Malaysia menganjurkan pesta makanan gaya piknik di taman selama sehari. Acara itu nyata mencetuskan ‘drama’ ke atas senarai ‘makanan yang lazat buat para penggemar makanan, keluarga dan peminat di Setia City Park, Shah Alam hari tersebut.

Kimball_02Ramai yang mencengkam peluang menikmati pelbagai hidangan lazat Kimball-icious ketika Pesta Makan-Makan Kimball, sempena debut pertamanya yang penuh dramatik.

Acara itu menyaksikan lebih dari 15,000 hidangan makanan tradisional dan moden berjaya dijual kepada orang ramai. Semua hidangan yang ditampilkan adalah hasilan sepasukan chef khas bagi Kimball, yang telah menonjolkan aplikasi kreatif produk-produk Kimball di dalam masakan yang boleh membangkitkan rasa dramatik pada harga yang amat berpatutan. Pada masa sama, Pesta Makan-Makan itu juga telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pengunjung bagi meluangkan masa berharga bersama-sama.

Kimball_06Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia Kimball dan untuk berterima kasih atas sokongan mereka selama ini, semua hidangan tersebut ditawarkan pada harga RM1, di samping itu, memberi peluang kepada semua pengunjung untuk menikmati pelbagai hidangan yang lazat.

Terdapat 12 jenis hidangan yang diberi nama menarik seperti ‘Mi Ja-Wow’, ‘Spageti Bolognese Meletuppp’ dan banyak lagi yang telah habis dengan cepat disebabkan oleh kelazatannya.

Kimball_05Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada kempen Kimball Malaysia yang bertema ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ untuk tahun 2016. ‘Tambah Drama’ bertujuan untuk memberikan rasa dramatik, walaupun pada hidangan yang paling ringkas melalui penggunaan produk Kimball, tanpa perlu memecahkan bajet anda.

Terdapat enam zon yang mengujakan di Pesta Makan-Makan iaitu ‘Tambah Selera’ dan ‘Tambah Segar’ untuk makanan dan minuman, ‘Tambah Ceria’ dan ‘Tambah Drama’ untuk permainan atau aktiviti, ‘Tambah Relaks’ untuk bersantai dan berpiknik serta ‘Tambah Rasa’ untuk tawaran istimewa ke atas pelbagai produk Kimball. Terbukti bahawa hari yang menyeronokkan tersebut menjadi hiburan para pengunjung, sama ada yang tua ataupun muda.

Turut disaksikan, beberapa selebriti seperti DJ Haniff, DJ Ray dari ERA fm dan hos Azura Zainal turut membuat penampilan istimewa.

Kimball_04Ketika memperkenalkan acara ini, Pengurus Besar Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Paul Serra mengakui bahawa rakyat Malaysia berhubung melalui makanan.

“Kimball memahami minat rakyat Malaysia terhadap makanan. Sebab itulah selama lebih 40 tahun, produk Kimball telah menjadi jenama kegemaran di kalangan rakyat Malaysia. Ini menjadikan kami salah satu jenama paling dipercayai untuk sos dan pasta!”

“Melalui acara ini, kami berharap dapat menyatukan komuniti, membawa keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menikmati hari yang menyenangkan, melalui permainan, aktiviti, dan yang lebih penting lagi untuk rakyat Malaysia, makanan yang lazat! Mereka yang gemar mengunjungi pesta makanan boleh mencuba banyak hidangan enak, mudah dan jimat yang disediakan dengan produk Kimball!” Kata Serra.

Salah seorang pengunjung festival makanan Pesta Makan-Makan Kimball, Sarah Sabri nyata kagum dengan acara dan kualiti makanan yang disediakan.

“Makanan sini sememangnya sedap. Saya sempat mempelajari beberapa cara baru untuk menggunakan produk-produk Kimball seperti menggunakan dalam masakan tradisional seperti nasi briyani dan laksa, selain dari ditambah kepada masakan moden seperti piza.  Saiz hidangan makanan juga mencukupi. Terdapat juga banyak barangan percuma seperti tikar piknik dan hadiah misteri yang membuatkan acara ini berbaloi untuk dikunjungi. Ini satu persekitaran yang tenang untuk bersantai. Jika ada lagi tahun depan, saya pasti hadir!” kata Sarah.

Kimball_03Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resipi Kimball yang mudah dan murah, anda boleh mengunjungi laman web rasmi mereka: http://www.kimball.com.my/ atau layari laman Facebook Kimball di  https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ untuk maklumat lanjut mengenai produk Kimball serta bagaimana untuk memaksimumkan rasa menggunakan ramuan mudah, serta menggunakannya untuk penyediaan hidangan pada setiap hari.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *