(SEMASA) P&G meraikan 175 tahun inovasi global melalui “The Everyday Effect”

Spread the love

MB_Photo1

Pelukis terkenal, Vincent Van Goh pernah berkata, “Setiap perkara yang berlaku bermula dengan beberapa langkah kecil” dan tiada yang lebih bermakna selain menzahirkannya dalam kehidupan seharian dan juga kepada insan yang anda sayangi. Bagi membangkitkan semangat ini dan menjadikan kehidupan seharian lebih bermakna setiap hari, Procter & Gamble (P&G), syarikat pengeluar produk pilihan pengguna di negara ini meraikan 175 tahun inovasi melalui “The Everyday Effect”.

MB_Photo5

Permulaan kepada hari yang indah, pagi yang tenteram dan ketenangan sewaktu bekerja bermula dengan beberapa langkah mudah. Percaya atau tidak, rutin seharian yang dilakukan saban hari seperti memberus gigi, bercukur, mencuci pakaian dan pinggan mangkuk mampu memberi kesan signifikan kepada kehidupan seseorang jika dilakukan secara kolektif. Lantas, merubah paksi kehidupan ke arah yang lebih baik. Oleh sebab itu P&G telah mencipta “The Everyday Effect”.

 “Kita seringkali leka dalam menghargai setiap langkah atau perbuatan yang kita lakukan setiap  hari dalam meneruskan kehidupan seharian. Bayangkan jika kita tidak memberus gigi, bercukur, mencuci pakaian dan juga mengemas rumah – saya yakin anda tidak mampu untuk tidak melakukannya. Di P&G, kesedaran tinggi mengenai hal ini adalah motivasi terbesar bagi kami untuk senantiasa mencipta produk yang terbaik untuk pengguna.” Kata Nicolas de La Giroday, Ketua Pegawai Eksekutif bagi P&G Malaysia dan Singapura yang berkongsi pendapat sempena sambutan acara ini di ruang pameran The Elements di Jalan Ampang.

Setiap tahun, P&G melalui proses inovasi dan produk keluaran mereka telah merubah kehidupan lebih 4.6 bilion penduduk dunia. Di Malaysia, rangkaian produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi adalah Pantene, Head & Shoulders, Herbal Essence, Rejoice, Olay, Gillette, Oral-B, Dynamo, Fab, Downy, Febreze, Ambi-Pur, Joy, Duracell, Pampers, Vicks, Vidal Sassoon and SKII.

PnG 125small

“Bagi kami, inovasi adalah suatu agenda penting dalam merubah kehidapan seharian kepada yang lebih baik. Sama ada menyediakan persekitaran yang bersih di rumah untuk anak-anak bermain, atau meningkatkan keyakinan diri dengan bercukur dan penjagaan kulit dan gigi yang berkesan, hal ini telah menjadi sumber inspirasi kepada P&G untuk mencipta lebih banyak produk yang mampu memberi impak kepada pengguna setiap hari. Sambutan “The Everyday Effects” adalah bagi mengingatkan keluarga untuk lebih menghargai setiap momen dan kesannya kepada kehidupan kita,” tambah beliau.

Turut berkongsi pengalaman di acara tersebut ialah seorang selebriti yangjuga merupakan seorang ibu iaitu Daphne Iking. Beliau menceritakan rutin yang terpaksa ditempuhi setiap hari dan juga kegusaran yang terpaksa dialami oleh rakyat Malaysia, “Saya yakin kita semua pernah mengalami masalah rambut kering dan rosak, bau melekat pada pakaian, set sofa kotor dan juga kesesakan lalu lintas. Wujudnya produk-produk yang dapat membantu meringankan bebanan tugas seharian sedikit sebanyak memberi impak yang besar kepada seseorang. Ianya adalah sesuatu yang berharga buat ibu bekerjaya seperti saya sekiranya saya dapat menjimatkan masa untuk melakukan rutin seharian dan waktu selebihnya dimanfaatkan untuk aktiviti lain.”

Beliau menambah, “Saya tidak menduga dengan penghargaan yang diberikan oleh keluarga kepada saya dalam memastikan keluarga hidup dengan aman dan selesa. Apabila anak-anak memberitahu yang mereka sukakan bau cadar mereka yang siap dicuci, bagaimana mereka menantikan terbitnya matahari untuk bersama-sama memberus gigi, anda perlu tahu bahawa andalah segalanya buat mereka. Inilah yang dikatakan sebagai kelakuan atau perkara-perkara kecil yang memberikan makna yang mendalam kepada anda.”

“P&G Hunt” diadakan khusus buat rakan media sebagai pendedahan kepada pelbagai inovasi yang telah dilakukan oleh P&G. Pihak media turut diberikan pelbagai petunjuk mengenai rangkaian produk P&G dan menggunakan petunjuk-petunjuk, peserta perlu mencari produk berkenaan dalam masa yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pg.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *