(SEMASA) PILIHAN TERBAIK JUADAH BERBUKAPUASA SEPANJANG RAMADHAN 1439 HURAH DI RANGKAIAN RESTORAN ME’NATE STEAKHUB

Spread the love

Sudah pasti ramai yang mencari tempat yang menarik setiap kali tibanya bulan Ramadhan bagi berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Menjelang Ramadhan 1439 Hijrah yang bakal tiba kali ini, Restoran Me’nate Steakh membawa kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menyajikan pakej bufet berbuka puasa bertemakan “Western & Local Delicacies Buffet” yang pastinya, memberikan keunikan tersendiri dengan menyajikan 3 set menu berbeza yang bersilih ganti setiap hari.

Restoran Me’nate Steakhub yang telah memenangi 2 anugerah berprestij pada tahun ini sebagai restoran stik dan makanan barat terbaik tanah air akan menyajikan hidangan bufet makanan barat dan tempatan yang pastinya memberi kepuasan kepada para pelanggan yang berbuka puasa di Restoran Me’nate.

Restoran Me’nate Steakhub juga turut mengetengahkan konsep gerai untuk menampilkan kelainan dan pilihan mengikut kategori hidangan. Setiap gerai dan seksyen mempunyai menunya tersendiri. Dengan hampir 40 jenis hidangan setiap hari yang terdiri daripada seksyen pembuka selera salad dan sup, gerai daging dan ayam panggang, seksyen mee, pencuci mulut, dan seksyen minuman sejuk dan panas akan disediakan untuk para pelanggan..

Selain menghidangkan menu ala barat, Restoran Me’nate Steakhub juga turut menghidangkan set nasi seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak, nasi biriyani dan sebagainya bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang ingin menjamu selera Tarikan utama di Me’nate sudah tentu seksyen panggangnya ,jika kebiasaannya kita lihat golek menjadi tarikan utama, Restoran Me’nate Steakhub tampil membawa kelainan dengan Kambing unik yang istimewa Ramadhan 1439 Hinrah ini, iaitu rusa golek yang segar bakal menjadi hidangan menu yang ditunggu tunggu untuk berbuka puasa setiap hari di Restoran Me’nateSteakhub ini.

Menu yang disediakan ini pastinya pilihan menu yang terbaik hasil daripada persepakatan para chef dan pihak pengurusan Me’nate Steakhub setelah meneliti secara terperinci juadah yang menjadi kegemaran para pelanggan sewaktu berbuka puasa. Menariknya pakej bufet Ramadhan ini adalah ianya sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak- kanak bermula jam 6.30 petang sehingga 8.30 Malam dimana pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan juadah berbuka puasa yang pastinya berbaloi dan memenuhi citarasa anda yang gemarkan makanan barat dan makanan Melayu pada masa yang sama.

Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk berbuka puasa tetapi ingin    menikmati Stik dan makanan barat di Me’nate, tidak perlu risau kerana selepas jam 8.30 malam. Restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa sehingga jam 11 malam.

Restoran Me’nate Steakhub mempunyai empat cawangan terletak di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang ama untuk pelanggan berbuka puasa. Restoran Me’nate steakhub juga mempunyai surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan solat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *