(SEMASA) Power Root “Anda Boleh Jadi Jutawan 4”: Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk menang!

Spread the love

DSC_9677

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setianya selama ini, Kumpulan Power Root dengan terujanya mengumumkan pemulangan Peraduan “Anda Boleh Jadi Jutawan 4” pada 9hb April di One World Hotel, Petaling Jaya.

DSC_0031

Satu Juta, Satu Pemenang!

Peraduan “Anda Boleh Jadi Jutawan” Musim 1, 2 dan 3 telah dianjurkan oleh Power Root selama 3 tahun berturut-turut dari tahun 2008 hingga 2010. Peraduan ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai dan beribu orang penggemar Power Root telah menerima manfaat daripada peraduan ini. Kini, Power Root ingin mengembalikan Peraduan “Anda Boleh Jadi Jutawan 4” untuk terus membolehkan orang ramai mencapai impian menjadi jutawan dengan menyertai peraduan ini. Power Root akan menghadiahkan hadiah wang tunai lumayan kepada semua penggemar Power Root bagi menambah kegembiraan dan kebahagian hidup mereka.

Peraduan Power Root “Anda Boleh Jadi Jutawan 4” akan bermula dari 1hb Mei hingga 31hb Disember 2014. Hadiah wang tunai lumayan menanti anda: hadiah harian RM500 (sejumlah 875 pemenang harian), hadiah mingguan RM1,000 (sejumlah 35 pemenang mingguan) dan hadiah bulanan RM5,000 (sejumlah 8 pemenang bulanan). Tambahan lagi, semua pemenang harian, mingguan dan bulanan juga berpeluang menjadi salah satu daripada 6 orang peserta akhir. Semua peserta akhir akan mengambil bahagian dalam sesiri aktiviti fizikal dan permainan minda di peringkat terakhir. 5 peserta akhir akan dihadiahkan RM10,000 dan pemenang utama akan membawa balik RM1,000,000.

Anda hanya perlu membeli mana-mana produk yang mengambil bahagian, khususnya siri Alicafé, siri Per’l, siri Oligo, siri Alitea dan minuman tenaga Power Root untuk mengumpulkan 20 mata bagi memastikan penyertaan anda adalah sah. Mulai sekarang, kumpulkan kod bar atau gelang penarik minuman tin Power Root bagi mengumpul 20 mata untuk setiap penyertaan: 10 mata untuk setiap pek biasa, 5 mata untuk setiap pek mini, 2 mata untuk setiap gelang penarik minuman tin dan 2 mata untuk setiap pek ekonomi.

Kali ini, Power Root ingin membuatkan peraduan ini lebih seronok dan mudah untuk semua dengan mengadakan 2 cara penyertaan yang berbeza. Pertama: anda boleh menyertai peraduan ini dengan menjawab 2 soalan yang mudah dan kirimkan borang penyertaan bersama dengan kod bar atau gelang penarik yang bernilai 20 mata ke Power Root Marketing KL Office.

Kedua: anda boleh menyertai peraduan ini melalui aplikasi pesan yang terhanyat iaitu WhatsApp Messenger! WhatsApp Messenger merupakan cara penyertaan terbaru yang memudahkan dan menjimatkan masa untuk menghantar penyertaan anda. Anda hanya perlu mengambil gambar kod bar produk dan resit pembelian, kemudian hantarkannya beserta butir peribadi anda (Nama, NRIC, E-mel dan Negeri) ke +6018-2626111 melalui WhatsApp Messenger. Power Root akan menelefon pemenang yang terpilih dan pemenang tersebut perlu menjawab 2 soalan yang mudah dengan jawapan yang betul untuk memenangi hadiah wang tunai.

Bermula dari 1hb Mei, Power Root akan membuat pengumuman pemenang di laman web rasmi Power Root (www.powerroot.com.my); Facebook rasmi Power Root (www.facebook.com/powerroot); dan stesen radio rasmi “Anda Boleh Jadi Jutawan 4”, SinarFM.

Kini, semua orang berupaya menjadi jutawan Power Root dengan menikmati minuman aromatik Power Root! Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk menang!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-62728816 atau layari www.powerroot.com.my.


Spread the love

28 comments on “(SEMASA) Power Root “Anda Boleh Jadi Jutawan 4”: Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk menang!

  1. mohd fadzully says:

    powerroot memang terbaik……caiyok….

  2. Rahayu radzuan says:

    Boleh saye dapat kan alamat utk pos kan borang peraduan jutawan 4 nie..

  3. Jeehana Aton says:

    Baru mau isi borang. tak tau lah pula boleh hantar penyertaan melalui whatsApp . 🙂

  4. MAS IDAYU BINTI SALLEH says:

    yang terbaik pasti kamu…#POWER ROOT#NEXT JUTAWAN

  5. PETRONELLA YANDONG says:

    Tiada tanding dan banding..POWER ROOT THE BEST!!!!!

  6. Asma Jamaluddin says:

    POWER ROOT ALWAYS THE BEST” FOR ME AND MY FAMILY…

  7. Asma Jamaluddin says:

    POWER ROOT ALWAYS THE BEST FOR ME….

  8. Asma Jamaluddin says:

    POWER ROOT IS THE BEST FOR ME..

  9. shukri says:

    kalau minum power root tin….mcm mana nak hantar peyertaan melalui whatsapp..scan barcode ker..atau pun kena hantar by pos

  10. mohamad isa bin abu baker says:

    Power Root menghilang kan dahaga n lapar…power root terbaik…..

  11. MOHAMMAD ROYADDAM BIN NABIAH ADAM says:

    POWER ROOT ALWAYS THE BEST FOR ME AND FAMILY

  12. Haslinda says:

    powerroot memang best…minuman yg memberi tenaga..

  13. Haslinda says:

    powerroot memang best….

  14. tok janggut says:

    Haram xsedap product ni . Fail fail fail

  15. suziana hamzah says:

    kalau minum power root tin….mcm mana nak hantar peyertaan melalui whatsapp..scan barcode ker..atau pun kena hantar by pos

  16. suziana hamzah says:

    Telah bertahun saya minum power root kacip fatimah n memang best sangat.POWER ROOT ADALAH JENAMA YANG BAGUS DAN BERKUALITI

  17. zanal ariffin bin mohd hamdi says:

    Dengan powerroot hidup rase cergas dan bertenaga

  18. zanal ariffin bin mohd hamdi says:

    sedap dan berkhasiat

  19. zanal ariffin bin mohd hamdi says:

    pembungkusan produk yang meyakinkan dan selamat

  20. MUHAMAD RAZIF RAZALI says:

    power root tongkat ali terbaikkk… dah lame sy minum power root tongkat ali.. power root tongkat ali memberi kepuasan kpd sy dan
    mengembalikan tenaga..kecergasan..ketika sy melakukan apa2 pekerjaan..
    power root tongkat ali memang terbaaaaaiiiiiikkkkkkkkk..

  21. Normdiah bt Rani says:

    Jika tiada resit boleh x? Beli di kedai runcit.

  22. ahmad fahmi says:

    Saya dah lama minum power root alicafe tapi baru ni nak try peraduan ni..kat mana nak dapatkan borang…rugi dh 3tahun minum dan pengemar tp xcuba peraduan…

  23. Daphne says:

    Hi, i want to ask just provide the
    1. 10 ring of tin(minumum power root) with form together,
    or
    2. 5 ring of tin and one bar code(10 mata untuk pek biasa)

    without provide the receipt of purchase can or not??

  24. affiza bin azhari says:

    Power root lebih menyegarkan saya apabila rider dalam perjalanan yang jauh,dilewat malam Dan berseorangan. Tq power root.. Chaiyokk!!!

  25. NORASYIKIN MOKTQT says:

    Pearl kacip fatimah memberikan kecegasan tanpa batasan buat sy sebagai pendidik…tqvm power root

  26. Cdic Khamaruddin says:

    boleh guna produk yg blainan utk kumpul 20 mata ke? Anyone?

  27. kesyaamira says:

    macam mane nak dapatkan borang die ? kat mane ? . someone reply pleaseee hm

  28. SAHARRUDDIN BIN A.RAHMAN says:

    SAYA MINUM POWER ROOT SETIAP HARI UTK MENGHILANGKAN KELETIHAN SAYA LEPAS BEKERJA DAN BERSUKAN.SAMPAIKAN SETIAP KALI SAYA MINUM TINNYA SAYA SIMPAN UTK JADIKAN BUKTI.

Leave a Reply to MOHAMMAD ROYADDAM BIN NABIAH ADAM Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *