(SEMASA) Prof Dr Abdul Aziz Al-Safi bin Ismail terima Anugerah Asia Book Of Records

Spread the love

Asia Book Of Records telah menganugerahkan penghargaan pengiktirafan kepada Prof Dr Abdul Aziz Al-Safi bin Ismail atas usaha beliau dalam memperbaiki kualiti hidup pesakit chronic kidney dircane (CKD) yang melibatkan 5,000 orang pesakit kronik CKD yang telah Berjaya pulih sepenuhnya tanpa menjalani dialisis semenjak tahun 2011 sehingga sekarang. Beliau diiktiraf kerana berjaya merawat pesakit CKD dalam tempoh 13 tahun yang lalu dan kejayaan ini telah disahkan pada 16 Mei 2024, yang menandakan pencapaian luar biasa dalam bidang perubatan di Malaysia dan Asia.

Prof Abdul Aziz Al Safi Ismail merupakan mantan Associate Professor (AP) dalam bidang Endocrinology di Fakulti Sains Perubatan USM. Mendapat Ijazah kedoktoran di UKM dan Master di UM. Kemudiannya memperoleh Ph.D di Liverpool. Prof Dr Ab Aziz Al Safi Ismail atau lebih dikenali dengan Prof Aziz merupakan bekas Pensyarah dan Pakar Perubatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian. Kelantan dan kini beliau telahpun bersara dari berkhidmat di HUSM dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk berkhidmat kepada masyarakat di klinik rawatan beliau di Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau juga merupakan pengasas pertubuhan Jurubekam Klinikal dan Neo Beqam. Antara siri kursus yang diselaraskan oleh beliau adalah Bengkel Asas Jurubekam KLINIKAL (BAJBK) dan Diploma Eksekutif Jurubekam Klinikal (DEJBK). Beberapa hasil penulisan beliau telah dibukukan dan antaranya Rawatan Diabetes, Sains Bekam dan Blood Cupping Therapy.

Selain itu juga, Prof. Dr. Ab Aziz telah menerbitkan beberapa jurnal serta ulasan sejawat antarabangsa termasuk Diabetic Medicine, Bailliere’s Best Practice & Research, Practical Diabetic International, dan International Journal of Epidemiology. Beliau juga telah membentangkan kertas kerja di banyak persidangan dan mesyuarat utama yang berkaitan dengan kesihatan diabetik. Kepakaran beliau dalam bidang Epidemiologi dan Diabetes juga diiktiraf apabila beliau sering dijemput untuk memberi kuliah di universiti-universiti lain dan menjadi pemeriksa tesis untuk ijazah MSc dan PhD.

Prof. Dr. Ab Aziz yang telah berusia 66 tahun, menunjukkan kepakaran luar biasa dalam rawatan CKD dengan menggabungkan rawatan perubatan alopatik konvensional bersama teknik perubatan integratif seperti pengubahsuaian diet, rendaman air panas, rawatan 360 darjah yang diperkenalkan oleh Dr. Binwaroop Roy Chowdhury, dan terapi bekam. Semua rawatan ini dijalankan di klinik Neo Medicare di Kota Bharu, Kelantan. Beliau menambah, segala proses rawatan yang dipelajari daripada Dr. Binwaroop Roy Chowdhury adalah sama dan dikekalkan kecuali ada penambahan rawatan terapi bekam yang tidak terdapat pada kaedah perubatan Dr. Binwaroop Roy Chowdhury.

Di atas usaha ini lah, Asia Book of Records ini memberikan pengiktirafan kepada Prof. Dr. Ab Aziz di atas dedikasi beliau dalam memperbaiki kualiti hidup pesakit CKD dan komitmennya dalam bidang perubatan integratif. Penghormatan ini bukan sahaja mengharumkan nama beliau tetapi juga mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa sebagai negara yang berjaya dalam rawatan penyakit kronik dengan pendekatan holistik dan bersepadu. Kegigihan dan komitmen beliau dalam bidang perubatan integratif telah membawa manfaat besar kepada pesakit dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Segala maklumat dan pertanyaan lebih lanjut, pihak pembaca boleh melayari laman sesawang https://elakdialisis.com/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *