(SEMASA) QashGift – Hangatkan Semula Keriangan Memberi Dengan Platform Pemberian Hadiah Digital Penuh Inovasi!

Spread the love

IMG_9432

Malaysia, 4 Disember 2015 – Industri pemberian hadiah ialah suatu industri bernilai berbilion ringgit. Menerima hadiah memberikan perasaan yang memang indah. Setiap hari, jutaan pembeli mengunjungi kedai-kedai, samada di atas talian atau ke kedai fizikal mencari hadiah yang sesuai. Selain daripada membeli hadiah-hadiah untuk musim cuti, ramai juga yang sentiasa mencari hadiah untuk acara-acara lain sepanjang tahun, termasuklah sebagai cendera hati korporat, majlis perkahwinan, hari jadi, ulang tahun perkahwinan, graduasi, undangan makan malam, pesta keraian dan majlis menyambut kelahiran bayi. Pengalaman memberi hadiah dengan kerap ini boleh mendatangkan perasaan tidak menentu di kalangan pemberi hadiah. Ramai yang menyukai peluang untuk membelikan hadiah kerana pemberian ini merupakan suatu cara hebat untuk membina ikatan yang lebih erat diantara rakan sebaya, sahabat, pelanggan, ahli keluarga dan orang yang disayangi. Pada masa yang sama, ramai yang mengelak untuk membeli hadiah kerana risau jika hadiah yang dibeli itu tidak disukai oleh penerimanya. Atas premis inilah, QashGift dizahirkan.

IMG_QashGift

QashGift menggabungkan kefleksibilan tunai dan ketulusan niat memberi hadiah yang dipilih sendiri melalui beberapa klik mudah pada telefon bimbit atau komputer anda.

Dibawakan untuk anda oleh syarikat pereka dan pembangunan web berdaya maju, Kemuncak Jaya Teknologi, QashGift merupakan penyelesaian digital yang mengubah pembelian hadiah menjadi suatu pengalaman yang indah untuk semua. Dengan QashGift, proses pembelian hadiah yang sesuai tidak lagi menjadi sesuatu yang merisaukan. Yang nyata, mereka boleh berlapang dada mengetahui penerima hadiah akan mendapat hadiah-hadiah yang mereka inginkan. Tentu sekali kerana penerima hadiah berpeluang memilih hadiah yang mereka terima menggunakan Kod QR akaun QashGift mereka! Disamping itu, penerima tidak lagi mendapat satu lagi hadiah yang tidak diperlukan.

Ideal untuk warga urban yang celik teknologi dengan gaya hidup serba pantas dan jadual harian yang sentiasa sibuk, QashGift memang sesuai dengan ciri-cirinya yang mudah digunakan, menjimatkan masa, dengan proses pemberian hadiah bijak dengan sekuriti yang tinggi. Proses QashGift bermula dengan pembeli menghantar sesuatu hadiah kepada seseorang dengan menggunakan alamat emel dan nombor telefon bimbit. Hadiah itu akan terus dihantar ke akaun QashGift mereka. Jika mereka tidak mempunyai akaun QashGift, mereka boleh terus membuka akaun dengan percuma. Penerima hadiah tersebut boleh terus pergi ke kedai pedagang dan memberikan Kod QR QashGift itu. Kemudian, juruwang akan meimbas Kod QR QashGift itu dan meminta penerima memasukkan nombor pin pengesahan 6 digit. Apabila mendapat kelulusan, mereka akan memasukkan jumlah yang ditebus dan mereka akan menerima resit digital yang mengesahkan penebusan mereka selepas diluluskan.

Dengan pedagang-pedagang terkemuka seperti EHSAN Living Style, Gloria Jeans, Circle K, Airwheel Malaysia, Garden of Eden Organic Skincare, My Eye Optometry, Raqtive, OriginalOmin dan banyak lagi, kedua-dua pembeli dan penerima hadiah akan mempunyai banyak pilihan. Dari harga serendah RM20, pembeli hadiah boleh membeli pelbagai hadiah daripada pelbagai pedagang dengan mudah dengan selesa daripada rumah masing-masing disertai ucapan peribadi dalam bentuk suara dan video.

“Kedua-dua pembeli dan penerima lebih menggemari transaksi tunai kerana ianya tidak melecehkan untuk pembeli dan tentunya disukai oleh penerima. Tetapi, biar saya bertanya kepada anda; adakah anda ingat perasaan anda kali terakhir anda menerima suatu hadiah yang anda benar-benar sukai? Keriangan, rasa cinta dan keseronokan yang anda rasakan merupakan sesuatu yang tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Inilah QashGift; Memberi hadiah dengan bijak. Semuanya berpuas hati!” kata Encik Samir Younes, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Kemuncak Jaya Teknologi.

“QashGift mudah untuk pengguna, menjimatkan masa dan merupakan suatu cara yang bijak untuk membeli hadiah untuk semua, untuk sebarang acara pada bila-bila masa! Dengan perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang bakal menjelma, inilah masa yang terbaik untuk menyertai QashGift!”

Dengan QashGift, bukan pembeli hadiah dan penerima sahaja yang mendapat manfaat. QashGift memberi peluang kepada para pedagang untuk menjadi sebahagian daripada dunia digital berteknologi tinggi yang semakin berkembang pada kos yang minima. Disamping memberikan cara yang baru dah bergaya untuk meluaskan bilangan pelanggan, meningkatkan keuntungan, menambah baik pengenalan jenama dan pada masa yang sama berhubung dengan para pelanggan mereka. Peruncit-peruncit yang berminat untuk menawarkan kemudahan QashGift untuk para pelanggan mereka boleh mendaftarkan akaun perniagaan mereka di laman web QashGift di www.qashgift.com atau menghubungi talian bantuan di 03-2035 5858.

QashGift boleh didapati melalui versi komputer meja & mudah alih. Sementara itu, para pengguna Android dan iOS akan menikmati aplikasi QashGift ini bermula dari 15 Disember 2015.

 

QashGift. Berikan Hadiah dengan Bijak!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *