Tag: QashGift

(SEMASA) QashGift – Hangatkan Semula Keriangan Memberi Dengan Platform Pemberian Hadiah Digital Penuh Inovasi!

IMG_9432

Malaysia, 4 Disember 2015 – Industri pemberian hadiah ialah suatu industri bernilai berbilion ringgit. Menerima hadiah memberikan perasaan yang memang indah. Setiap hari, jutaan pembeli mengunjungi kedai-kedai, samada di atas talian atau ke kedai fizikal mencari hadiah yang sesuai. Selain daripada membeli hadiah-hadiah untuk musim cuti, ramai juga yang sentiasa mencari hadiah untuk acara-acara lain sepanjang tahun, termasuklah sebagai cendera hati korporat, majlis perkahwinan, hari jadi, ulang tahun perkahwinan, graduasi, undangan makan malam, pesta keraian dan majlis menyambut kelahiran bayi. Pengalaman memberi hadiah dengan kerap ini boleh mendatangkan perasaan tidak menentu di kalangan pemberi hadiah. Ramai yang menyukai peluang untuk membelikan hadiah kerana pemberian ini merupakan suatu cara hebat untuk membina ikatan yang lebih erat diantara rakan sebaya, sahabat, pelanggan, ahli keluarga dan orang yang disayangi. Pada masa yang sama, ramai yang mengelak untuk membeli hadiah kerana risau jika hadiah yang dibeli itu tidak disukai oleh penerimanya. Atas premis inilah, QashGift dizahirkan. Read more →