(SEMASA) Raikan keseronokan dengan gaya, hanya di McDonald’s!

Image_02McDonald’s adalah di antara jenama terkemuka di lebih 36,000 lokasi seluruh dunia dengan kira-kira 69 juta pelanggan di lebih 100 negara setiap hari. Di Malaysia, McDonald’s telah bertapak sejak tahun 1982 lagi dan terus kekal sebagai pilihan utama rakyat tempatan. Dengan lebih 30 tahun pengalaman, McDonald’s sentiasa berusaha memperkenalkan pelbagai konsep baru bagi memikat hati pelanggan menerusi seluruh cawangan restorannya di seluruh negara.

Image_03Adakah anda masih ingat saat pertama kali anda berkunjung ke McDonald’s? Ataupun kenangan menikmati hidangan McDonald’s pertama anda? Keriangan zaman kanak-kanak dan membesar bersama McDonald’s semestinya menggamit memori indah. Sesungguhnya, keseronokan dan kepuasan tak mengenal usia. Semestinya konsep terbaru yang bakal diketengahkan oleh McDonald’s memberikan anda lebih keseronokan dan kepuasan!

Kalau dahulu, tiada telefon pintar untuk berkongsi saat-saat indah bersama, tetapi kini tidak lagi. Dengan dunia tanpa sempadan, pastikan anda bersiap sedia dengan kamera dan telefon pintar di tangan sebab tak lama lagi anda akan menghadiri satu sesi reunion bersama rakan-rakan! Teristimewa untuk anda, McDonald’s membawakan satu sesi makeover khas untuk kesemua koleksi burger ayam yang ada – McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan GCB. Tiga kegemaran, tiga pengalaman unik. Sememangnya berbaloi untuk koleksi foto di Instagram anda!

‘Yang Klasik’!

McChicken diberi jolokan klasik kerana melambangkan jenama McDonald’s itu sendiri yang telah sekian lama bertapak di Malaysia. Antara menu burger paling awal diperkenalkan, ia sememangnya menjadi pilihan nombor satu pelanggan dengan keenakan daging ayam, roti ban yang lembut, ditambah pula salad dan juga mayonis.

‘Yang Hangat’!

McDonald’s turut memiliki satu lagi koleksi burger ayam yang cukup popular, tak lain tak bukan, semestinya Spicy Chicken McDeluxe! Rasa ayam yang pedas dan rangup, dengan hirisan sayur kobis dan salad pastinya membuka selera!

‘Yang Gempak’!

Masih ingat dengan burger istimewa, Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali dengan nama manja, GCB? Peminat GCB jangan gusar lagi, GCB kini kembali dan telah dijadikan sebagai salah satu hidangan tetap di McDonald’s! Keunikan rasa ayam panggang, ditambah pula dengan sos lada hitam yang pekat serta salad segar sememangnya memberikan kenikmatan tidak terhingga!

Dapatkan kesemua burger ini, istimewa di mana-mana cawangan McDonald’s berdekatan anda, http://www.mcdonalds.com.my/ atau gunakan perkhidmatan McDelivery di https://www.mcdelivery.com.my/my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *