(SEMASA) RED BULL BC ONE CYPHER MALAYSIA KINI KEMBALI !

Spread the love

Red Bull BC One World Final 2011 - Moscow

Kini, usaha memburu B-Boy Terbaik di Malaysia untuk mewakili negara ini di peraduan B-Boy satu lawan satu peringkat antarabangsa yang berprestij akan berlangsung pada 15 Jun di Red Bull BC One Cypher Malaysia. Acara ini dianjurkan oleh Red Bull Blue & Silver daripada Eropah.

Rider: Trick: Describtion:

Malaysia menobatkan Juara Red Bull BC One Cypher Malaysia yang pertama pada tahun lepas di Bukit Kiara Skate Park. Pertandingan tersebut menyaksikan 76 peserta beradu di depan 3 orang pengadil Red Bull BC One All Stars – Cico (Itali), Pelezinho (Brazil) dan Wing (Korea Selatan). Juara kebangsaan tahun lepas, iaitu B-Boy Juicy (daripada Dem Lepak Boyz) terus mara ke depan dan menggondol juara South East Asia Cypher dan mewakili rantau ini untuk ke pusingan kelayakan Red Bull BC One Asia Pacific di New Zealand, yang seterusnya menobatkan B-Boy Korea Selatan sebagai pemenang APAC.

Tahun ini, pendaftaran akan bermula secara dalam talian di www.redbull.my/BCOneMY. Seramai 100 peserta pertama tanpa mengira usia yang berjaya mendaftar akan berpeluang menunjukkan bakat dan ketangkasan tarian mereka di depan para pengadil di pentas terbuka Cypher sebelum 16 peserta terbaik akan dipilih. Bermula di sini, 16 peserta ini akan bertanding satu lawan satu dalam pusingan kalah mati. Ketua panel pengadil Cypher tahun ini ialah Red Bull BC One All Star Roxrite yang telah memenangi pelbagai kejuaraan B-Boy di pertandingan B-Boys yang berprestij.

PEMENANG AKAN BERTANDING DI JEPUN

Pemenang-pemenang Cyphers di negara masing-masing akan bersaing di Pusingan Kelayakan Asia Pasifik di Jepun untuk mara ke Pusingan Akhir Dunia. Peminat-peminat pasti akan teruja kerana peraduan pusingan terakhir ulang tahun ke-10 akan diadakan di Seoul, Korea Selatan, di mana tarian B-Boy yang paling inovatif berkembang di sini. Tahun ini bakal menyaksikan lebih banyak acara berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Cyphers akan menakluki negara-negara sejauh Azerbaijan, Georgia, Slovenia dan hinggalah UK. Perkembangan yang menggalakkan ini tentu akan menarik lebih ramai peserta untuk bertanding dan menyerlahkan bakat masing-masing.

RED BULL BC ONE CYPHER MALAYSIA 2013

TARIKH:                15 JUNE, SATURDAY

TEMPAT: CHIN WOO STADIUM, KUALA LUMPUR

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 9 JUNE, SUNDAY

Daftarlah di www.redbull.my/BCOneMY


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *