Kepada peminat makanan seperti Puding Raja, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Opor Daging dan Sambal Hitam, Restoran Dapur Koi yang terletak di Taman Putra Kajang, Kajang Selangor ini ada menyediakan sajian ini untuk pencinta makanan negeri Pahang.
Restoran Dapur Koi sedaya upaya mengekalkan keaslian dari aspek pembuatan dan rasa masakan negeri Pahang ini menjadikan ia lokasi wajib untuk dikunjungi.
Dibuka pada 19 April 2015 oleh Nor Hazimi Bin Khatmaradzi, Restoran Dapur Koi telah dirasmikan secara rasminya oleh pengacara dan selebriti terkenal tanah air iaitu Awal Ashaari dan diserikan lagi dengan penampilan istimewa penyanyi Kaka Azraff.
Restoran Dapur Koi dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, dari jam 11 pagi hingga 11 malam dan beroperasi di 2-G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, Kajang Selangor. (012 204 5278)