(SEMASA) REVOLUSI ‘CLIQUE® CLINIC’ MEMBERI SENTUHAN PERUBATAN AM, ESTETIK DAN REGENERATIF PERIBADI TERBAIK DI MASA KINI

Spread the love

_D3_4596

9 Oktober 2015, Petaling Jaya – Dengan semangat kumpulan dan kecenderungan minat yang sama, tercetusnya ‘Clique® Clinic’, yang menjadi inspirasi di sebalik idea Klinik Perubatan Revolusi di Malaysia. Pengarah Perubatan Dr. Lim Ting Song, MD, selepas bertahun-tahun mengamalkan dan memerhatikan pusat-pusat penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat, Jepun dan Malaysia – membentuk ‘sentuhan peribadi’ kepada para pengamal penjagaan kesihatan selaras dengan gaya hidup sihat masa kini dan bukannya suatu amalan yang perlu diabaikan.

_D3_4449

PASUKAN PROFESIONAL YANG BERDEDIKASI                             

‘Clique® Clinic’adalah klinik perubatan yang disokong oleh sebuah badan pasukan profesional yang memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat.‘ ‘Clique® Clinic’ menyediakan kemudahan perubatan moden bersepadu dengan visi untuk perubatan futuristik, di mana seseorang pelanggan hanya perlu berjumpa doktor professional untuk memantau tahap kesihatan mereka. Kepada ‘Clique® Clinic’, keselamatan dan kecekapan merupakan integriti komponen penting dalam bidang perubatan. Melalui R & D saintifik dengan manfaat terbukti, ianya memberikan anda suatu asas kukuh untuk membezakannya daripada mitos bagi rawatan penjagaan kesihatan yang lebih rapi. ‘Clique® Clinic’ menggabungkan Estetika dan Sains untuk membantu semua pelanggannya, bukan sekadar kecantikan luaran sahaja, tetapi kesihatan peribadi secara keseluruhan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2012, ‘Clique® Clinic’ telah berkembang dari hanya sebuah klinik perubatan am kepada rawatan estetik, makmal dan tapak latihan/perbincangan yang berfungsi sebagai sebuah pusat perubatan yang serba moden dan lengkap pada masa kini.

ZEN MODEN

Mengunjungi ‘Clique® Clinic’ seolah-olah pulang ke rumah sendiri. Konsep klinik ini adalah berdasarkan unsur Zen moden Jepun yang mementingkan keharmonian batin dengan persekitaran. “Kami mementingkan keselesaan pelanggan Clique®, dengan memberikan suasana yang sebagaimana berada di rumah sendiri. Dengan ini, harap-haraplah kecergasan badan dan minda pelanggan dapat dimulih”, kata Josh Chua, Pengarah ‘Clique® Clinic’.

Kami di ‘Clique®  Clinic’ berusaha untuk memberi ‘sentuhan peribadi’ terbaik kepada semua pelanggan. Di ‘Clique® Clinic’, pasukan professional yang melayan anda akan tahu nama dan latar belakang kesihatan anda, lalu memberi nasihat terbaik bagi keberkesanan penjagaan kesihatan dan estetik peribadi anda.

MELENGKAPKAN ANDA DENGAN ILMU

Salah satu misi ‘Clique® Clinic’ untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan adalah membangunkan pusat servis penjagaan kesihatan dan kecantikan terapi yang menawarkan harga berpatutan. Dengan tahap kesedaran yang ditingkatkan, setiap orang akan mengetahui cara penjagaan diri dengan lebih baik. Bah kata ‘Pencegahan lebih baik daripada melakukan rawatan. ‘Clique® Clinic’ amat mengambil berat dalam meningkatkan tahap penjagaan kesihatan pelanggan bagi memastikan mereka berada dalam tahap kesihatan terbaik.

Di ‘Clique® Clinic’, kami menawarkan kemudahan kelengkapan yang terperinci selaras dengan kehendak keperluan semua peringkat umur dengan penekanan kepada kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala. Idea klinik ini adalah untuk menawarkan penjagaan peribadi – di mana doktor akan membantu memberi panduan kesihatan dan kecantikan. Kami juga menawarkan perkhidmatan pemantauan perkembangan kepada para pelanggan dan kanak-kanak kecil bertujuan bagi mengelak dari sebarang masalah kesihatan yang dialami seperti gangguan psikologi dan mental.

PERMATA YANG TERSEMBUNYI

Dalam operasi selama 3 tahun yang terletak di tengah Pusat Bandar Petaling Jaya, ‘Clique® Clinic’dianggap sebagai satu permata perubatan bagi para pelanggan khusus dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan.‘ ‘Clique® Clinic’ kerapdi kunjungi oleh pelanggan tetap dimana 98% adalah pelanggan tetap atau yang disyorkan.

Sempena sambutan ulang tahun yang ke-3, ‘Clique® Clinic’ mempersembahkan “magical emporium” yang membawa anda suatu perubahan yang menakjubkan, selaras dengan khidmatnya yang dilabelkan sebagai sebuah pusat perubatan estetik dan regeneratif yang terbaik pada masa kini.

‘Clique®  Clinic’ telah menawarkan pelbagai rawatan seperti:

  • Sel Stem ataupun stem cell. Clique® Clinic mempunyai makmal stem cell sendiri yang bertaraf tinggi untuk mereplikasikan atau kultivasi kansel stem yang diperolehi dari tisu adipos ataupun sel lemak dan sum-sum tulang .Spesimen sum-sum tulang dan sel lemak yang diperolehi adalah dari badan sendiri, untuk disuntikan ke dalam bahagian badan yang memerlukan rawatan. Kebaikan penggunaan sel stem sendiri berbanding dengan menggunakan sel stem dari sumber yang lain ialah ia lebih selamat dan berkesan. Pengguna tidak perlu bimbang mengenai kesan sampingan yang negatif seperti reaksi alahan, reaksi rejeksi dan penjangkitan penyakit berjangkit seperti HIV dan Hepatitis B
  • Memperkenalkan prosedur perangsang pengisi kulit bio yang pertama di Asia Tenggara, ‘Ellansè’ yang mengunakan perangsang ‘bioresorale’ kolagen yang disesuaikan untuk membantu mengenerasi kolagen secara semulajadi.
  • CoolSculpting®. Prosedur tanpa pembedahan yang boleh meramping badan anda, melalui prosedur semulajadi yang membeku dan menghapuskan lemak badan.Rawatan terkini yang di diperkenalkan oleh ‘Clique® Clinic’ adalah‘CoolMini’ yang berkesan mengurangkan bahagian lemak seperti di bawah dagu, lutut atau ketiak.

 

_D3_4344

BINTANG CLIQUE®

‘Clique® Clinic’ ingin mengambil peluang ini untuk mengumumkan 7 ‘Bintang Clique® ‘tempatan yang dilantik diatas kegigihan usaha mereka dalam mencapai gaya matlamat hidup yang sihat tanpa menjejaskan kesihatan / kesejahteraansen diri. Mereka adalah:

  • Fahrin Ahmad (Pelakon dan Pengacara TV)
  • Will Quah (Pelakon, Pengacara TV, Penyampai dan Penulis)
  • PoovaPlachciak (Penyanyi Anugerah AIM, Penulis Lagu dan Pemuzik)
  • Chris Tong (Artis Antarabangsa)
  • Belinda Chee (Pengacara TV, Penyampai, Pelakon)
  • Evan Siau (Pelakon, Penyanyi, Model)
  • Emily Lim(Artis Antarabangsa)

7 ‘Bintang Clique®‘ tempatan kesemuanya menjalani gaya hidup yang sangat sibuk dan aktif, tetapi mereka sedar akan kepentingan kesihatan, namun dengan bantuan pusat kesihatan perubatan ‘Clique®  Clinic’, mereka mampu mencapai keseimbangan.

CLIQUE® UNTUK MASA DEPAN

Demi meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik, ramai pakar professional akan menyertai ‘Clique® Cliinic’ untuk memberi pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih komprehensi.  Sementara itu, ‘Clique® Clinic’ juga ingin berkongsi 4 klip video sebagai asas panduan tentang penjagaan kesihatan dan penyelenggaraan kecantikan.

Tontonilah keempat-empat klip video dibawah:

Video 1: Estitek Perubatan – Mitos Dan Kebenaran

Video 2: Mengubah Kehidupan – Pulih Dari Melasma

Video 3: Sel Stem – Revolusi Rawatan Terkini

Video 4: Memperbaharui Keyakinan Dengan Rawatan Tanpa Pembedahan

‘Clique® Clinic’ dibuka setiap hari dari jam 9.00pagi sehingga 7.00malam (kecuali pada cuti hari umum).Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan terbaik dari‘Clique® Clinic’, orang ramai digalakkan membuat temujanji awal dengan menghubungidi talian nombor 03-79601211.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ‘Clique® Clinic’ di http://www.cliqueclinic.com, ikuti laman FB kami di https://www.facebook.com/cliqueclinic atau muat turun aplikasi telefon ‘Clique® Clinic’ untuk maklumat terkini mengenai promosi yang akan datang.

Hidup sihat bersama ‘Clique® Clinic’ yang pasti membawa kesempurnaan dalam diri anda.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *