(SEMASA) PELANCARAN DAN MAJLIS PELANTIKAN USTAZ AZADAN RABBANI DUTA JUS KURMA NAJYA BEAUTY

Spread the love

Bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pelancaran dan perlantikan duta Jus Kurma Najwa Beauty.  Bersempena kehadiran bulan Ramadhan tidak lama lagi,  Najya Beauty telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Jus Kurma yang berkhasiat dan memperkenalkan Ustaz Azadan Rabbani sebagai duta produk tersebut.

Menurut Ustaz Azadan Rabbani, beliau menerima pelawaan Pengasas Najya Beauty, Dato’ Rohana dengan ikhlasnya bagi mempromosi minuman sunnah iaitu Jus Kurma kerana ia berkhasiat dan yakin akan diterima oleh masyarakat muslim khususnya yang  bakal menyambut Bulan Ramadhan  tidak lama lagi.

Tambah Ustaz Azadan lagi, ramuan Jus Kurma ini tidak menggunakan gula biasa dan 100% buah kurma asli serta sedikit gula perang. Sebelum bulan ramadhan syarikat akan mengeluarkan 2 perisa iaitu perasa asli (boleh terus minum) dan perasa koko atau krimer bagi pengguna yang menghidapi masalah gastrik.

Bakal pembeli boleh mendapatkan Jus Kurma Gold Azadan Rabbani Najya Beauty dengan harga RM7.90 sebotol di agen-agen yang sah atau info lanjut di facebook Najya Beauty

Selain itu juga Najya Beauty juga menjual produk kesihatan dan kecantikan seperti Slimming Beauty yang terdiri daripada Losyen Slimming, Minuman Slimming dan Scrub Slimming.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *