(SEMASA) 104 figura dilantik sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 September 2022 – Seramai 104 Pemimpin Pendapat Utama (KOL) terdiri daripada artis, usahawan, agamawan, pegawai polis, pempengaruh, penggiat seni dan atlet dilantik sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) pada majlis pelantikan yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia, hari ini.

Duta-duta tersebut akan bertindak sebagai jurucakap kempen Anti-Scam bagi pihak JSJK untuk menyebarkan kesedaran tentang sindiket penipuan yang berleluasa di negara ini.

Seramai 76 KOL adalah lantikan JSJK manakala 28 orang lagi di bawah naungan Multimedia Creative Solutions Sdn Bhd (MCS) selaku rakan strategik JSJK untuk kempen tersebut. Figura berkenaan dipilih kerana mempunyai pengikut yang ramai, seterusnya mudah untuk mendekati orang ramai untuk memberi kesedaran berhubung taktik sindiket penipuan.

Majlis Pelantikan Duta Anti-Scam JSJK ini disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din bersama Pengarah Urusan MCS, Datuk Steven Lim Boon Siong.

Menurut Lim yang juga duta Anti-Scam JSJK, pelantikan MCS sebagai rakan strategik JSJK merupakan satu penghormatan yang besar kepada organisasi tersebut.

“Saya berbesar hati atas kepercayaan JSJK terhadap MCS untuk menjadi rakan strategik mereka dan turut membantu mencadangkan seramai 28 KOL kepada JSJK untuk dilantik sebagai duta Kempen Anti-Scam.

“Hampir setiap hari kita membaca mengenai sindiket penipuan seperti Macau Scam dan Love Scam di media massa dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa amatlah besar. Berdasarkan laporan media, mangsa terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang,” katanya.

Dalam pada itu, Lim berkata MCS akan bekerjasama dengan JSJK untuk menghasilkan mesej kesedaran masyarakat supaya sentiasa berwaspada menerusi akaun media sosial KOL tersebut.

“Saya berharap suara KOL ini dapat memantapkan lagi kesedaran dengan lebih berkesan, sekaligus membanteras sindiket penipuan di negara ini,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menggunakan portal dan aplikasi Semak Mule untuk memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang disenarai hitam bagi mencegah penipuan.

Senarai Nama Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

BIL NAMA
1 DATUK STEVEN LIM BOON SIONG
2 DATUK AZRIL BIN MOHD RADZI
3 DATUK WIRA LEE CHONG WEI
4 DATUK DR MISBUN SIDEK
5 DATO’ AFDLIN SHAUKI AKSAN
6 DATO’ JONATHAN LIM YING RAN
7 DATO’ AHMAD AZHAR OTHMAN (AWIE)
8 DATO’ MOHD SHUKRI SHAHABUDIN (HATTAN)
9 TS. DR. VIMALA PERUMAL
10 MOHD NIZAR ABDUL RAHMAN
11 OH MEDIA SDN BHD
12 JAMES NG YEE SHENG
13 DIANA DANIELLE
14 WANY HASRITA
15 NABILA RAZALI
16 TOMOK
17 KHAI BAHAR
18 HAEL HUSAINI
19 BLACK HANIFAH
20 USTAZ ABDULLAH KHAIRI
21 USTAZ MOHAMMAD YAAKUB YUSRA
22 MAULANA CIK WAN HILMY WAN MOHAMED
23 HAQIEM RUSLI
24 ZAPA ABDUL RAHIM
25 LEE ZII JIA
26 LEE ZII YII
27 GOH LIU YING
28 SOH WOOI YIK
29 AARON CHIA TENG FONG
30 ROSLIN HASHIM
31 AEDY ASHRAF
32 HAZAMA
33 ARA JOHARI
34 LEE KHER CHIN
35 SYAMEL
36 LEONG JOO YEE
37 ILLEY MOHTADA
38 MUHAMMAD HAFIZAM MD KAMAR ZAMAN
39 DENES KUMAR
40 ZALFA ZIN
41 NAS-T
42 ASP RAHMAT FITRI ABDULLAH
43 PABLO AMIRUL
44 JACK LIM TEIK YIN
45 SUNSHINE AILEEN DEVI ERIC
46 LUQMAN HAFIDZ
47 HENLEY HII
48 JOANNE FU
49 K GANTEEBAN @ BEN G
50 PAULINE TAN
51 THANUJA ANANTHAN
52 ANAS RIDZUAN
53 NUR SYATIRAH AMIR
54 JAY NAZIF
55 THALIA RASUL
56 TAMMY LEONG
57 SEELA VASU @SHEELAPRAVINA
58 FARALI KHAN
59 ADELINA CHAN
60 RUBY FAYE
61 SARA ALI
62 BRIAN LEE KAH LIT
63 YANA YUNUS
64 ZED ZAIDI
65 MOHAMMAD RIZAI SHAH ABDUL JAYALANI
66 FIONA JOHN NOLLY
67 AMELIA LEE ZI YUEN
68 IMAN CORINNE
69 SATHIYAKUMARI POONGAWANAM
70 SAMARINNA TOLHIP
71 RADHI KHALID
72 KEOH CHEE ANG
73 SASIDARAN
74 DANIEL LEE CHEE HUN
75 FARA DOLHADI
76 OOI TECK WOOI
77 SITI MIZALWA IDRIS
78 WINNIE K
79 AMBER CHIA
80 MUHAMMAD IZUAN ISHA
81 AZADAN RABBANI
82 ERUL SAMAH
83 REVEN OOI
84 CHOO HOU REN
85 USTAZ WADI ANNUAR
86 AZHAR HILMI
87 ASWADY ALI
88 ERNIE ZAKRI
89 LEE ELAINE
90 MUHAMMAD AKMAL AZWAR AZIZ JA’AFAR
91 ANITA ALBERT
92 MAALANI CHANDRAN
93 PASHINI SIVAKUMAR
94 KESAVAN MANIRAJA
95 CHUA CHEE KHEN
96 AHMAD MUKHLIS MOHD ROSDI
97 ADRIAN ANG HSIEN LOONG
98 CHONG JING YI
99 NG SHIN YII
100 GAN MEI YAN
101 ANG BEE HAR
102 KALIDEVAN MURUGAYA
103 CHAN PEI YONG
104 MOHAMAD KHAIRUL NAZLI KHAIRUS


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *