PETALING JAYA, 6 SEPTEMBER 2016 – Kini tiba masanya untuk imaginasi terbang bebas mencetus pelbagai idea pada musim cuti sekolah bulan September ini, sempena acara Birthday Fiesta anjuran Play-Doh bagi meraikan ulang tahun ke-60nya hanya di the Curve!
Dari 6 hingga 18 September 2016, Centre Court the Curve akan diubah kepada sebuah taman penuh kegembiraan, memaparkan aktiviti-aktiviti bertema yang pasti memberi ilham kepada si cilik untuk menyerlahkan kreativiti mereka. Terbuka kepada kanak-kanak berusia 3-6 tahun, keseronokan pasti dirasai apabila mereka memicit dan membentuk tanah liat tersebut untuk menghasilkan karya agung kecil tersendiri di sudut aktiviti “Doh Much Fun”. Lebih daripada itu, maskot mesra Play-Doh iaitu Doh-Doh yang comel akan turut hadir pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang kempen berlangsung.
Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Play-Doh untuk menganjurkan ulang tahun ke-60 mereka di the Curve. Sebagai destinasi beli-belah berorientasikan keluarga, kami berusaha untuk mewujudkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pengunjung dari segenap usia dan bagi setiap kempen yang dianjurkan. Melihatkan populariti Play-Doh di seluruh dunia, kami yakin keluarga, khasnya kanak-kanak, akan menikmati cuti persekolahan yang menggembirakan dengan aktiviti-aktiviti Play-Doh yang disediakan di sini!”
Inginkan set Play-Doh anda sendiri? Sebuah Baldi Aneka Play-Doh Mini boleh ditebus menerusi perbelanjaan minimum bernilai RM250 (atau RM200 bagi pemegang Kad UOB) dalam maksimum dua keping resit di sebarang pusat jualan di the Curve. Ditawarkan dalam empat jenis pilihan, iaitu Baldi Mini Pantai, Baldi Mini Berkelah, Baldi Mini Haiwan dan Baldi Mini Angka, kesemua penembusan adalah bergantung kepada stok yang ada serta tertakluk pada terma dan syarat.
Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan the Curve dan Sambutan Ulang tahun ke-60 Play-Doh? Hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868, melayari laman web the Curve di www.thecurve.com.my atau laman Facebook www.facebook.com/theCurveShoppingMall.