KUALA LUMPUR, 11 April 2016: Setelah melalui beberapa sesi temu duga selepas pelancaran rasmi Projek Bliss Transformasi Diriku bulan lepas, lapan orang peserta telah disenarai pendek dan kini bertanding untuk meraih gelaran “BINTANG BLISS” yang pertama.
Program realiti serba baharu terbitan Astro Radio dengan kerjasama NESTLÉ® BLISS® yang berkonsepkan Transformasi Diri atau Transformasi Diriku ini bertujuan untuk mencetuskan perubahan kepada cara rakyat Malaysia menjaga diri mereka sendiri agar lebih menumpukan kepada pemeliharan kesihatan sistem penghadaman.
Sepanjang lapan web episod ini, para peserta akan memanfaatkan pengetahuan yang baru mereka pelajari berserta tunjuk ajar daripada beberapa orang mentor untuk melepasi beberapa siri penyingkiran di mana akhirnya, seorang peserta akan muncul sebagai BINTANG BLISS pertama.
BINTANG BLISS, atau BLISS STAR tersebut perlu memiliki keyakinan diri, menampilkan sikap optimis dan bersemangat; iaitu ciri-ciri keperibadian positif yang membolehkan mereka menjadi contoh dan inspirasi terbaik kepada semua rakyat Malaysia, khususnya dalam pemeliharaan kesihatan penghadapan yang baik.
“Tujuan saya menyertai program ini bukanlah untuk menjadi orang lain, tetapi untuk berubah menjadi diri saya yang lebih baik sambil menjadi seorang yang boleh dicontohi oleh orang lain. Memang susah untuk mencari pembimbing di luar sana. Sebab itulah saya ingin mengambil peluang ini untuk menimba sebanyak mungkin pengetahuan dan berkongsi pengalaman saya dengan masyarakat, supaya mereka juga boleh mengamalkan rutin harian yang sihat dalam kehidupan mereka,” kata Sakinah binti Ismail, 23, dari Kuala Lumpur
“Projek Bliss Transformasi Diriku membuka peluang untuk saya melahirkan sisi diri paling sihat dan terbaik, dan melalui transformasi ini juga, saya berharap akan dapat mencapai potensi diri saya yang sebenar. Manfaat daripada apa yang saya pelajari adalah amat berguna untuk saya bagi jangka masa panjang dan saya rasa amat bertuah kerana diberikan peluang keemasan ini,” ujar Sarah Menon, 23, dari Johor Bahru.
“Saya merupakan seorang wanita berkerjaya yang tidak lupa untuk meluangkan masa ke gim, dan menitikberatkan perancangan dalam pemakanan saya. Menerusi program ini, saya ingin mempelajari cara untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan produktif, kerana nutrien adalah amat penting untuk tubuh kita dan saya percaya saya akan dapat belajar sesuatu yang baharu di sini. Saya juga ingin menjadi contoh kepada mereka yang mengutamakan kerjaya dan keluarga, serta berkata bahawa kitalah adiwira bagi diri kita sendiri, walaupun sentiasa menjalani jadual hidup yang sibuk,” kata Jean Lim, 26, dari Klang.
“Tujuan saya menyertai Projek Bliss Transformasi Diriku ini adalah untuk mentransformasi kehidupan saya ke arah yang lebih sihat. Saya ingin memperbaiki disiplin diri dan menjalani gaya hidup yang sihat dengan mengutamakan perkara-perkara yang perlu saya perbaiki. Saya juga berharap akan dapat membina keyakinan diri,” kata Nurul Amira Nadrah, 22, dari Pulau Pinang.
“Saya merasakan program ini amat baik dan penuh informasi untuk membolehkan saya mula mengamalkan gaya hidup yang sihat demi masa depan saya. Saya sering menghadapi masalah penghadaman, dan minuman yang dapat memberi keselesaan kepada saya adalah Nestlé Bliss. Saya akan sentiasa mengamalkan segala petua yang dicurahkan oleh para mentor supaya saya dapat berkongsi pengetahuan dengan orang lain tentang pentingnya memelihara sistem penghadapan yang sihat,” kata Aina Wahida, 23, dari Puchong.
“Walaupun mengamalkan gaya hidup sihat sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian saya, namun melalui program ini, saya dapat belajar daripada para mentor, bagaimana untuk memperbaiki diri saya dari segi mental mahupun fizikal. Bak kata orang “Projek terbaik yang pernah anda kerjakan adalah untuk diri sendiri” dan saya percaya, dengan Nestlé Bliss, saya mampu mencapainya,” ujar Ariel Cheong, 22, dari Kuala Lumpur.
“Saya sentiasa ingin menjadi contoh yang baik kepada mereka yang lebih muda daripada saya. Oleh itu, apabila saya terbaca poster untuk Projek Bliss Transformasi Diriku, saya yakin, inilah peluang saya untuk memotivasi orang lain,” kata Amy Nur Tinie,20, dari Ipoh.
“Bermula daripada usia muda adalah yang terbaik, namun tidak pernah terlewat untuk bermula. Saya ingin mempelajari cara bagaimana mengamalkan tabiat yang sihat bagi memperbaiki gaya hidup saya. Sistem penghadaman kita adalah amat penting kerana jika kita mula berasa tidak selesa, tubuh kita tidak akan dapat berfungsi dengan baik, dan ini akan mengganggu rutin harian kita. Saya juga ingin berkongsi pengetahuan ini dengan anak perempuan saya, supaya dia membesar dengan mengetahui tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup yang sihat,” kata Ketty Natalia, 29, dari Johor Bahru.
Mentor-mentor Projek Bliss Transformasi Diriku termasuk hos Siti Saleha yang berperanan sebagai kaunselor keyakinan diri dan ‘Kakak’ kepada peserta, dan pakar Kecergasan Malaysia, Wong Yu Jin, serta personaliti kesejahteraan sensasi YouTube, Joanna Soh.
Episod pertama program ini akan disiarkan di Astro Gempak pada 7 Mei 2016, manakala episod-episod baharu akan disiarkan pada Sabtu dan Ahad selama 4 minggu. Durasi setiap episod web adalah selama 5-7 minit.
Para peserta akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM77,000, termasuk hadiah utama berupa percutian untuk 2 orang ke Paris; di mana salah seorang daripada mereka akan dimahkotakan sebagai BINTANG BLISS.
Maklumat lanjut mengenai Projek Bliss Transformasi Diriku boleh didapati di http://projekbliss.com.my/