(SEMASA) SIMPAN EMAS DENGAN SELAMAT DI AR-RAHNU EXPRESS

Spread the love

Emas merupakan logam berharga yang sering dijadikan perhiasan  dan amat sinonim dengan wanita. Rakyat Malaysia kini semakin cakna akan kepentingan emas sebagai simpanan untuk masa hadapan. Biarpun harga emas dilihat semakin meningkat, namun masyarakat masih berlumba-lumba untuk membeli emas untuk dijadikan perhiasan, simpanan dan juga pelaburan. 

Dahulu kala, masyarakat gemar menyimpan barang kemas di tempat-tempat seperti di dalam bekas biskut, di bawah bantal malah di dalam almari yang tidak dikunci begitu sahaja. Kebiasaanya, barang kemas emas akan disimpan secara berlonggok-longgok di dalam satu bekas. Kaedah penyimpanan ini sebenarnya kurang sesuai dan mungkin akan merosakkan barang kemas perhiasan. 

Masyarakat kini baik wanita mahupun lelaki gemar untuk memilih emas sebagai simpanan masa hadapan tidak kira emas perhiasan mahupun emas pelaburan. Biarpun teknologi di zaman moden ini semakin canggih dan pelaburan emas juga boleh dilakukan secara atas talian, namun bagi sesetengah masyarakat, apabila melabur di dalam pasaran emas, emas fizikal seperti barangan kemas, jongkong emas atau dinar emas tetap lebih senang dipegang di tangan sendiri. Oleh itu, cara penyimpanan emas dengan betul dan selamat di rumah perlu diketahui agar emas selamat dan tidak mudah rosak. 

Antara cara paling terkenal untuk menyimpan barang kemas perhiasan adalah dengan  menyimpannya di dalam kotak perhiasan. Bagi wanita yang gemar menyimpan emas perhiasan sebagai pelaburan, kotak perhiasan ini sangat penting bukan sahaja untuk menyimpan barang kemas dengan selamat tetapi dapat juga menjaga kualiti barang kemas agar tidak mudah bercalar atau rosak. Barang kemas perhiasan seperti cincin dan rantai juga tidak boleh dicampurkan bersama-sama malah masing-masing perlu mempunyai kotak yang tersendiri. 

Selain itu, cara penyimpanan emas bukan perhiasan seperti jongkong emas, syiling emas atau dinar emas adalah dengan menyimpan di dalam peti keselamatan. Peti keselamatan kini amat mudah didapati dengan harga yang berpatutan di mana-mana kedai atas talian. Peti keselamatan ini bukan sahaja berguna untuk menyimpan emas dengan betul malah dengan selamat. 

Kini, terdapat cara lain untuk menyimpan emas dengan selamat iaitu dengan menyimpan di Ar-Rahnu Express. Ar-Rahnu Express merupakan pajak gadai Islam yang menawarkan pembiayaan sementara sehingga tempoh 9 bulan*. Pajak gadai Islam ini bukan sekadar menawarkan pembiayaan untuk golongan yang memerlukan di waktu kecemasan namun ia juga merupakan tempat yang selamat bagi golongan yang ingin meninggalkan rumah bagi tempoh yang lama seperti pulang ke kampung halaman, bercuti ataupun menunaikan haji dan umrah. 

Kelebihan menyimpan di Ar-Rahnu Express ialah tawaran pembiayaan sehingga 75% yang akan diberikan kepada barang kemas emas baik perhiasan atau emas pelaburan mengikut harga emas semasa. Dengan peluang ini, pembiayaan sementara yang diperolehi boleh digunakan sebagai duit tambahan untuk menunaikan haji atau umrah atau duit poket ketika bercuti panjang. 

Lebih menarik, upah simpan yang dikenakan adalah tetap. Walapun emas yang disimpan banyak, namun upah simpan tetap tidak berubah sebanyak 1%. Selain itu, simpanan emas di 

Ar-Rahnu Express dijamin selamat kerana emas simpanan adalah diinsuranskan 100%. Malah, Ar-Rahnu Express merupakan satu-satunya Ar-Rahnu yang menerima barang kemas bertatahkan berlian dan batu permata serta barang kemas HABIB Oro Italia 916® untuk simpanan. Menjadi salah sebuah anak syarikat di bawah syarikat HABIB, Ar-Rahnu Express berpeluang berkongsi kepakaran yang tinggi dan mampu untuk memberikan penilaian untuk barang-barang kemas ini. 

Antara kelebihan lain menyimpan barang kemas di Ar-Rahnu Express adalah proses transaksi yang sangat cepat terutama dengan penambahan sistem angka giliran QueueBee. Sistem ini berjaya membuatkan urusan pelanggan menjadi lebih efisyen, tersusun dan pantas. Aplikasi Queuebee ini boleh dimuat turun secara percuma oleh pelanggan dan lebih menarik pelanggan boleh mengambil nombor terlebih dahulu dan nombor akan dipanggil menerusi aplikasi tersebut. Berikutan situasi endemik kini, orang ramai tidak selesa untuk berada terlalu lama di luar serta bersesak dengan orang ramai. Justeru, sistem ini sangat sesuai dalam keadaan norma baharu ini kerana para pelanggan hanya perlu ke kaunter urusan apabila nombor telah dipanggil. 

Selain itu, kelebihan lain untuk menyimpan di Ar-Rahnu Express adalah kerana semua cawangan beroperasi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum terpilih. Malah, pegawai khidmat pelanggan yang terlatih sentiasa bersedia untuk memberikan rundingan mengenai barang kemas secara percuma sahaja. 

Pajak gadai Islam Ar-Rahnu Express ini bukan sekadar pajak gadai yang memberikan pembiayaan malah bertujuan untuk membantu masyarakat mendapatkan “peace of mind” atau ketenangan minda selari dengan prinsip Ar-Rahnu Express. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ar-Rahnu Express, sila layari laman sesawang rasmi Ar-Rahnu Express di arrahuexpress.com dan ikuti Ar-Rahnu Express di media sosial Instagram (@arrahnuexpress) dan Facebook (@Ar-Rahnu Express). 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *