Jika ada sesuatu yang boleh dipersetujui oleh ramai para gadis ianya ialah, rambut yang licin dan lurus akan menjadikan sesiapa sahaja berasa cantik dan berkeyakinan. Baru-baru ini, Sunsilk dengan bangganya memperkenalkan Sunsilk Perfect Straight untuk menjadikan rambut anda kekal lurus menawan dan rapi semasa ia mengering* – menjadikannya kaedah penjagaan rambut yang paling sesuai untuk rambut lurus.
Sunsilk bekerjasama dengan pakar rambut lurus yang terkenal, Yuko Yamashita untuk memberikan hasil yang terbaik bagi rambut lurus. Rangkaian produk, yang terdiri dari syampu dan perapi, menampilkan formula canggih Straight Lock TechnologyTM yang menembusi jauh ke dalam serat rambut, mengurangkan kekusutan, dan secara aktif memegang setiap helaian rambut untuk memastikan ia kekal lurus dan rapi ketika mengering.
Ashlee Ng, Pengarah Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., berkongsi pendapat, “Sunsilk memahami bagaimana rambut seorang gadis boleh memberi kesan terhadap perasaan beliau – keyakinan diri, keselesaan, malah kegembiraan. Dengan Sunsilk Perfect Straight, kami berharap untuk memperkasa dan memberi inspirasi kepada gadis untuk menikmati kehidupan dengan penuh berkeyakinan dengan rambut yang cantik dan lurus. Sunsilk akan menjaga rambut anda, jadi biarkan rambut anda mengurai dengan penuh keyakinan!”
Bagi kebanyakkan gadis, wujud ‘detik ajaib’ antara waktu ketika rambut basah sedang mengering di mana ia kelihatan lurus sempurna. Bagaimanapun, apabila rambut mula kering, seringkali ia akan menjadi kusut dan kehilangan bentuknya. Apa yang dilakukan oleh Sunsilk Perfect Straight, adalah dengan mengunci setiap helaian rambut agar ia kekal lurus, dan menjadikan rambut anda kekal lurus ketika ia sedang mengering.
“Kami menyedari bahawa ramai gadis yang mengimpikan untuk memiliki rambut yang lurus, kerana ia merupakan gaya rambut yang semulajadi cantik dan mudah diurus. Bagaimanapun, sebahagian dari mereka tidak berjaya mencapai impian ini walaupun dengan menggunakan alat pelurus rambut dan produk pengayaan lain yang secara tidak langsung merosakkan rambut mereka.
Dengan Sunsilk Perfect Straight, setiap gadis boleh menikmati kaedah mudah basuh-dan-bergaya tanpa sebarang kerosakkan pada rambut,” ulas Ng.
Di majlis pelancaran tersebut, Sunsilk memperkenalkan Perfect Straight, dalam bentuk persembahan teater yang menampilkan sketsa pendek bagaimana mudah dan pantasnya untuk menghasilkan rambut yang lurus hanya dengan satu basuhan. Persembahan seterusnya menampilkan gadis-gadis yang berjalan di atas pentas sambil memperagakan rambut lurus mereka yang indah mempesona pada kepanjangan rambut yang berbeza, disempurnakan hanya dengan menggunakan Sunsilk dan tanpa sebarang produk pengayaan. Seorang pendandan rambut juga turut mempersembah serta membuktikan perbezaan ketara yang dapat dicapai melalui pengunaan Sunsilk Perfect Straight, dengan membasuh rambut seorang model di atas pentas.
Keinginan Sunsilk untuk membantu para gadis menghasilkan rambut yang cantik menawan diperhebatkan lagi dengan “Sunsilk Beautifully Straight Challenge”, yang akan mempertingkatkan lagi keyakinan para gadis bahawa memiliki rambut lurus menawan adalah sesuatu yang mudah dan menyeronokkan. Sehubungan itu, Sunsilk telah mencipta permainan istimewa yang meminta peserta untuk melukis sebanyak mungkin garisan lurus dalam tempoh 30 saat. Seperti yang dipamerkan melalui permainan ini, melukis garisan lurus adalah lebih sukar dari yang kita jangkakan, tetapi rambut yang lurus menawan, boleh dicapai dengan mudah menggunakan Sunsilk.
Bermula 17 September 2014 hingga 28 Oktober 2014, Sunsilk menyeru kepada semua para gadis untuk menyahut “Sunsilk Beautifully Straight Challenge” dan berpeluang untuk memenangi hadiah hebat bernilai hampir RM10,000 secara keseluruhan. Untuk menyertai, anda hanya perlu:
- Mengunjungi laman Facebook Sunsilk di (facebook.com/SunsilkMalaysia) dan klik pada aplikasi Sunsilk Perfect Straight.
- Lukis sebanyak mungkin garisan lurus yang anda mampu dalam tempoh 30 saat.
- Tulis slogan paling kreatif mengenai Sunsilk Lurus Sempurna.
Setiap minggu, 10 orang pemenang bertuah yang mendapat markah tertinggi dan mencipta slogan paling kreatif akan menerima baucar tunai RM100 dan produk Sunsilk. Pemenang Hadiah Utama pula akan menikmati penginapan satu malam untuk dua orang di Grand Hyatt Kuala Lumpur, baucar membeli belah RM300 dan produk Sunsilk.
Syampu Sunsilk Perfect Straight, (340ml, RM12.90) dan perapi Sunsilk Perfect Straight, (320ml, RM12.90) boleh didapati di semua pasaraya terkemuka dan kedai-kedai runcit di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai, sila layari www.facebook.com/SunsilkMalaysia.
*hanya untuk rambut yang lurus, berdasarkan uji kaji makmal apabila digunakan bersama syampu dan perapi Sunsilk Perfect Straight.