(SUKAN) Acara Larian Pramusaji Anggerik MFBEA 2014

Spread the love

IMG-20140923-WA001
MFBEA menyedari kepentingan industri makanan dan minuman di Malaysia, dengan pertumbuhan yang menggalakkan dan juga peluang di dalam rantaian bekalan Makanan & Minuman, bagi meluaskan potensi untuk mewujudkan pekerjaan baru dalam industri hospitaliti dan perkhidmatan, penggunaan teknologi baru yang akan mempercepatkan dan juga secara tidak langsung memberi sumbangan permodenan kepada industri penyediaan Makanan & Minuman di Malaysia. Melalui slogan kami iaitu ’Dari Industri kepada Industri’, adalah menjadi harapan kami, untuk menjadikan Larian Pramusaji Anggerik MFBEA 2014 sebagai acara tahunan dan ianya bukan sahaja terbuka kepada pekerja di dalam industri, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia dan juga warga asing secara umum.

Objektifnya adalah untuk membuatkan “Larian Pramusaji Anggerik MFBEA 2014” sebagai acara tahunan didalam “Kalendar Pelancongan Selangor Sdn Bhd Acara Tahunan”. MFBEA juga telah melakukan beberapa kajian dan mendapati bahawa banyak bandar raya diseluruh dunia seperti Perth, Sydney, Brisbane, Paris, Nice, Jerman, Argentina, Bahrain, Antanavario, Hong Kong, Pornic, Berlin, Buenos Aires, washington, Lausane, Geneva , United Kingdom dan Itali menganjurkan Larian Tahunan Pramusaji . MBFEA  bercadang meningkatkan larian ke peringkat Asean dengan menganjurkan  ‘Waiters’ Race Asean’ tahun hadapan manakala ‘Waiters’ Race Antarabangsa dijadualkan pada tahun 2016.. Semua acara ini disokong oleh persatuan-persatuan makanan dan minuman di negara mereka.

Perbezaan yang ingin ditonjolkan didalam acara “Larian Pramusaji Angerrik MFBEA 2014“ ini adalah untuk menjadikan ia sebagai acara yang lebih bertenaga dan berwarna-warni disertai dengan pemakaian tradisional oleh para peserta yang terdiri dari berbilang bangsa di Malaysia. Acara “Larian Pramusaji Anggerik MFBEA 2014” membuka penyertaan kepada semua kakitangan hotel, restoran, kafe, pelajar industri hospitaliti, korporat, institusi kewangan, selebriti dan media, persatuan, dan kedutaan asing di Malaysia untuk bersaing sebagai satu pasukan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *