(SEMASA) The Chicken Rice Shop Raikan Ulang Tahun Ke-15 dengan Menyumbang Kepada Masyarakat Melalui Chick-A-Thon

Spread the love

Photo 3

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2015 – Ratusan orang ramai berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur untuk menyertai karnival pertama anjuran rangkaian restoran halal tempatan; The Chicken Rice Shop (TCRS). Karnival Chick-A-Thon adalah acara berjalan kaki sambil mencari harta karun (Walk & Hunt). Acara  yang menarik dan menyeronokkan ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi memenuhi impian sebilangan kanak-kanak kurang bernasib baik yang terpilih untuk ditunaikan impian mereka.

crun a

Berlatarbelakangkan kehijauan dan kesegaran alam sekitar Taman Botani Perdana, karnival TCRS Chick-A-Thon diadakan bersempena ulang tahun ke-15 restoran halal tersebut.

Wong Kah Lin, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, berkata, “Acara Chick-A-Thon memberi peluang kepada kami untuk menyatukan keluarga dan ini adalah sebahagian daripada matlamat sambutan ulang tahun kami yang mana tujuan utamanya adalah untuk memberi kebaikan kepada masyarakat sekeliling.  Dengan gaya hidup masyarakat kini yang semakin sibuk, tidak salah jika sesekali kita luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Jadi, acara seperti ini bukan sahaja membolehkan kita menghabiskan masa bersama di luar sambil melakukan aktiviti sihat, tetapi kita juga turut berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan banyak hadiah lain!”

Acara bermula dengan sesi senamrobik untuk memanaskan badan sebelum acara “Walk & Hunt” sejauh 2.5km dilepaskan oleh chef selebriti Dato’ Ismail Ahmad, selaku duta TCRS.  Gelagat girang kanak-kanak dan orang dewasa memecah kesunyian Taman Botani Perdana yang indah, dimana masing-masing cuba menamatkan acara dalam masa paling singkat bagi memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Aktiviti mencari imej anak ayam berwarna kuning yang tersembunyi di sepanjang laluan hijau sambil menjawab soalan yang diberikan berjaya menjadikan suasana Taman Botani Perdana yang biasanya sunyi menjadi riuh-rendah dengan pelbagai aktiviti.

crun 0

Memandangkan perayaan ulang tahun ke-15 TCRS merupakan acara yang sesuai untuk membalas budi baik masyarakat, karnival Chick-A-Thon juga berjaya mengumpul dana dan menyemai kesedaran terhadap Children’s Wish Society of Malaysia (CWS), sebuah pertubuhan NGO yang membantu menunaikan impian kanak-kanak yang mengidap pelbagai penyakit pembawa maut di seluruh Malaysia.

Wong berkata, “Kami ingin melakukan usaha murni dan CWS merupakan pilihan utama kami kerana ia merupakan sebuah organisasi yang mengutamakan nilai-nilai kekeluargaan. Mereka berusaha untuk membawa kegembiraan kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit serius dengan mencari jalan untuk menunaikan hajat mereka.  TCRS merancang untuk menggandakan jumlah yang dikutip sebagai yuran penyertaan-merangkap-sumbangan daripada peserta supaya kita boleh memberi sumbangan lebih besar kepada CWS dan mudah-mudahan dapat menunaikan hajat lebih ramai kanak-kanak.”

Teoh Teik Hoong, Naib Presiden CWS Malaysia, berkata organisasi itu berbangga menjadi rakan kerjasama Chick-A-Thon.  “Kerjasama ini membantu mengumpul dana yang sangat diperlukan oleh CWS untuk menunaikan impian kanak-kanak yang menghidap penyakit terminal di seluruh negara.  Setiap hajat yang ditunaikan mengukir satu lagi senyuman di wajah kanak-kanak yang sakit ini.”

Beliau menambah, dana yang terkumpul akan digunakan untuk menunaikan impian kanak-kanak di seluruh negara yang disampaikan menerusi CWS Malaysia.  “Ia mungkin seorang pesakit kanser kanak-kanak perempuan yang mahukan patung beruang, seorang remaja lelaki berkerusi roda yang menghidap Distrofi Otot Duchenne yang memerlukan iPad untuk menghiburkan dirinya, atau seorang kanak-kanak yang mengalami kegagalan fungsi hati yang berhajat untuk bercuti ke satu destinasi bersama keluarganya.  Bagi pihak CWS, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada TCRS dan orang ramai yang tampil untuk membantu kami menunaikan lebih banyak impian.”

Acara Chick-A-Thon anjuran TCRS juga menawarkan 10 telefon pintar sebagai hadiah sagu hati, dan seorang peserta bertuah bakal membawa pulang TV LED 60-inci menerusi pertandingan pakaian tradisional paling menarik.

Untuk menghidupkan semangat ‘makan bersama’, setiap peserta yang menamatkan acara “Walk & Hunt” juga menerima Nasi Ayam Hainan secara percuma, salah satu daripada sajian paling popular di The Chicken Rice Shop.  Wong menambah, “Sebagai restoran untuk seisi keluarga, kami percaya bahawa sajian makanan yang lazat dan berkhasiat dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan.  Kami terhutang budi kepada pelanggan setia kami yang telah menyokong kami sepanjang tempoh 15 tahun kami beroperasi dan kami berasa teruja kerana dapat menunjukkan penghargaan kami.”

Untuk memeriahkan lagi acara ini, terdapat pelbagai gerai yang menganjurkan  pelbagai jenis aktiviti seperti Golf, Roller Ball, Ring Toss, Balloon Dart, Shot Target dan Can Toss. Selain itu, pelbagai pilihan makanan dan minuman ditawarkan kepada peserta oleh para penaja acara termasuk Farm’s Best, Unilever, Wall’s dan Milo.  Touch n’ Go juga menyediakan gerai yang menawarkan kad-kad Touch n’ Go versi khas yang membolehkan pelanggan menggunakan gambar peribadi atau imej lain untuk kad tambah nilai mereka dan menawarkan perkhidmatan tambah nilai kad.

Diasaskan pada tahun 2008, CWS telah mengukir senyuman di wajah kanak-kanak dan keluarga mereka di seluruh negara dengan menunaikan lebih daripada 450 impian.  Sama ada lawatan ke Universal Studio Singapura atau Lost World Tambun di Perak, iPad atau konsol mainan, atau impian untuk menaiki kereta mewah Lamborghini, CWS telah menjadikan semua ini satu misi untuk menunaikan impian seramai mungkin kanak-kanak.

Kemeriahan Chick-A-Thon berterusan dari 31 Mei 2015 hingga 6 Jun 2015, membolehkan peserta berpeluang menikmati 2 biji Nyonya Pai Tee sebagai sajian sampingan secara percuma apabila mereka makan di mana-mana cawangan restoran TCRS.  Anda hanya perlu berkongsi gambar yang diambil semasa menyertai karnival TCRS Chick-A-Thon di laman Facebook menggunakan hashtag #tcrschickathon2015, dan menunjukkan bukti perkongsian tersebut kepada kakitangan TCRS untuk melayakkan anda menikmati sajian sampingan ini secara percuma.  Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mengetahui lebih lanjut atau melihat gambar acara Chick-A-Thon yang penuh keseronokkan ini, anda boleh melayari laman https://www.facebook.com/thechickenriceshop.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *